Ya Allah, aku bermohon agar kau menjaga tutur bicara dan tulisan ini, aku berlindung kepada Mu dari godaan syaitan yang direjam.
Amin.
Allah berfirman dalam surah at-Tahrim, ayat 1 yang bermaksud;
''Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.''

Asbab Nuzul surah tahrim ayat 1-5 dalam sahihain ialah disebabkan madu dimana Rasulullah mengharamkan madu kerana ingin menyenangkan hati isteri-isterinya, tetapi Ibn Hajar lebih menyokong asbab nuzul atau turunnya ayat berkenaan disebabkan kisah hamba Rasulullah saw iaitu Mariah al-Qibtiah. Allah menegur Nabi Muhammad s.a.w. dengan gaya bahasa yang sangat indah, dan turut memperingatkan pada masa yang sama bahawa Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Saya sorotkan di sini adalah untuk menunjukkan bahawa bahkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri ditegur oleh Allah kerana telah melakukan kesilapan.
Itu seorang Nabi yang agung, yakni penghulu semua nabi. Apatah lagi kita manusia lemah yang terdedah dengan banyak kesalahan setiap hari.
Manusia memang tak lepas dari berbuat silap. Tidak salah pada hemat saya untuk melakukan kesilapan. Yang salahnya adalah apabila telah tersilap langkah, lalu diberi teguran, dia enggan membetulkan kesilapan, dan bertaubat. Pernah satu ketika Saidina Umar ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya ” Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” lalu Saidina Umar menjawab “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar.
Lihatlah bagaimana seorang khalifah amirulmukminin yang dijamin syurga baginya juga tidak terlepas dari berbuat kesilapan, dan lihatlah lagi bagaimana beliau sangat berlapang dada dalam menerima teguran sehinggakan teguran seorang pemabuk pun diterima.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita tergolong dalam golongan yang tersepak batu tapi marahkan batu dan bukan kaki sendiri yang tersepak?
Kita bukan siapa-siapa di dunia ini. Sampai masanya, Izrail datang bersama jemputan ke majlis pengkebumian kita, maka tiada siapa-siapa yang boleh menolaknya. Biarlah kita ini Perdana Menteri, atau Penyanyi Popular, Ketua atau hamba, Ulama' besar atau penjenayah kejam,Presiden Persatuan, Ketua Polis Negara, Pendakwah Terkenal, Pensyarah Universiti pun tak terlepas dari maut. Tak rugi kalau kita berlapang dada, terima teguran dan nasihat sekalipun datang dari orang yang tidak sempurna. Tak kiralah kau itu murabbi atau mutarabbi.
Menegur itu bukanlah merendahkan mertabat. Ia adalah tanda kasih sayang. Jika orang itu sayangkan kita, tentulah dia tegur supaya kita tidak ulang kesilapan yang sama. Betul tak?
Kepada sang penegur yang tegurannya ditolak dengan penuh gaya, saya berpesan; tatkala orang yang ditegur itu tidak berlapang dada dengan kita, maka kitalah yang harus berlapang dada dengan orang yang ditegur itu. Sesungguhnya, berlapang dada dengan orang yang dadanya sempit itulah lebih sukar dilakukan, namun itulah ujian buat kita.
Peringatan ini buat diri saya yang alpa dan lupa dan lalai dan leka.
Kepada semua yang sayangkan saya, tegur-tegurlah saya yang lemah ni :)
Saya kongsikan dengan niat moga-moga bermanfaat.
Maaf kualiti tulisan yang tidak baik, saya belum mencapai taraf sarjana bidang penulisan. InsyaAllah saya akan belajar dan terus perbaiki.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment