Salam Sejahtera Semua! ^.^Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu perkara yang agak bosan. Seperti yang tertulis di tajuk tulisan kali ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai wayang. Tulisan kali ini adalah mengenai pengalaman saya menonton wayang.
Saya mula menonton wayang di rumah, menonton VCD dan DVD yang dibeli di kedai. Saya masih ingat lebih kurang 13 atau 14 tahun yang lalu, saya bersama adik telah pergi ke Little India di Georgetown untuk membeli VCD Filem Senario yang kedua. Memang benar seperti yang dikhabarkan. VCD asli semangnya amat berkualiti. VCD tersebut memang tahan dan boleh ditonton walaupun setelah bertahun-tahun lamanya.
Sehinggalah saya tamat persekolahan, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang. Kali pertama saya masuk ke panggung wayang adalah ketika saya berumur 19 (rasa-rasanya) bersama rakan yang telah pun saya lupa nama mereka. Kami telah menonton sebuah filem seram dari negara Korea di Kompleks Beli Belah Bukit Jambul. Kali kedua saya menonton wayang pula adalah berberapa tahun kemudian semasa sedang menuntut di uiniversiti. Kami telah ke 1Utama untuk menonton Filem Pathfinder. Saya masih ingat lagi tatkala menunggu waktu filem disiarkan, kami terserempak dengan Seniwati Negara Datuk Siti Nurhaliza di kompleks tersebut. Ketika itu, saya menonton bersama rakan serumah iaitu Taib, Muk, Hasnul, dan Syaraf.
Kali Ketiga saya menonton wayang adalah pada akhir tahun 2009 bersama rakan saya Roger. Kami menonton filem tatkala dunia sedang sibuk menyambut tahun baharu. dan 2010 adalah Tahun Menonton Wayang bagi saya dan Saudara Roger (yang kini ada nama baru! hehehe). Kami sangat galak menonton wayang. Beliau kerap belanja saya, dan sejujurnya, tak terbalas budi beliau yang tidak pernah bosan menonton bersama saya. Kami menonton hampir setiap filem yang ditayangkan di GSC Queensbay Mall. Sehinggalah pada suatu hari, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang wanita yang kini menjadi kekasih beliau. Maka, peranan saya sebagai peneman menonton wayang beliau pun tamat.
Kali pertama saya menonton wayang 3D pula adalah pada April 2011. Saya menonton di Kompleks TGV 1st Avenue, Georgetown. Saya telah menonton filem Thor. Begitu juga kali kedua saya menonton 3D, iaitu filem yang sama, Thor tetapi di GSC Queensbay Mall bersama Encik Azral Rashid.
Sedikit fakta:
1. saya tidak pernah menonton wayang di panggung seorang diri.
2. saya pernah menonton filem G.I Joe sebanyak 2 kali, sebab pada bulan itu, kami telah habis menonton semua filem dan Thor 3D sebanyak 2 kali di panggung berlainan, dan fileh Ngangkung sebanyak 2 kali juga di panggung berlainan. Filem Avatar juga 2 kali tetapi di panggung yang sama, cuma teman yang berlainan.
3. saya menyimpan hampir semua tiket wayang yang di tonton. ^.^ nanti saya nak bingkaikan.
4. saya tak pernah menonton wayang bersama kaum hawa. :( hehehe
5. saya hanya membeli Air Mineral Spritzer sahaja bersama bertih jagung untuk dimakan ketika menonton. Saya belum pernah membeli minuman lain.
6. saya lebih banyak menonton tayangan lewat malam berbanding waktu lain kerana tak mengganggu waktu solat.
7. saya tidak pernah menonton Transformer di panggung.
8. saya selalu juga menonton filem komedi Kantonis dan Hokkien. Saya ketawa lebih kuat dari penonton lain yang berbangsa cina. (nasib baik ada sari kata)
9. saya pernah menonton wayang yang diulang setelah filem itu ditayang separuh jalan. Ini berlaku akibat masalah teknikal. filem tersebut sangat membosankan.
10. selalu ketawa apabila menonton filem seram. sebab filem seram sangat lucu. saya pernah kena marah dengan penonton lain kerana ketawa terlalu kuat semasa menonton flem seram.
