Tuesday, September 27, 2011

Miscommunication!!!


Semoga Allah merahmati kita semua. Salam sejahtera kepada kawan-kawan sekelian.

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang diciptakan sebagai makhluk yang sosial. Manusia perlukan perhubungan sesama manusia lain, dan manusia juga ada hubungan sosial dengna makhluk lain.

Baru-baru ini saya merasakan akibat menokok tambah cerita. Saya bercakap di telefon dengan seseorang, lalu orang tersebut telah menyampaikannya kepada orang lain. Namun, apa yang telah sampai ke telinga orang ketiga itu adalah lain daripada apa yang saya cakapkan. Sangat jauh berbeza sehinggakan orang ketiga itu menjadi marah kepada saya. Akibat itu, saya diperingatkan agar jangan sesekali mempersendakan orang lain. Saya disuruh belajar lagi bab aqidah. Dan saya ditanya samada apabila saya bercakap, saya guna otak atau tidak.

Saya sangat sedih dengan kenyataan-kenyataan ini. Memang saya ni tak ada otak ke? Seingat-ingat saya, ketika saya bercakap dengan orang kedua (si penyampai cerita) tidak timbul sekali pun apa-apa perkara yang mempersendakan orang. Apakah kaitannya kamera dengan akidah saya, sehingga saya disuruh belajar akidah lagi?

Subhanallah. Sejak saya menerima teguran keras itu, saya telah bermuhasabah diri selama berberapa hari. Mungkin salah saya yang tidak menyampaikan mesej dengan seterang-terangnya. Saya cuba bersungguh-sungguh bersangka baik kepada orang kedua dan orang ketiga itu, dan cuba tidak menyalahkan mereka. Namun, hati yang sakit ini, ditambah bisikan syaitan yang kuat, menambahkan kesedihan dan kemarahan dalam hati.

Saya tidak tahu bagaimana nak menjawab perkara tersebut. Dan sehingga sekarang, saya masih belum menjawab persoalan-persoalan bodoh ini kerana hendak mengelakkan perbalahan dengan orang tersebut. Saya hanya mampu menyimpan geram dan sakit hati ini dalam hati saya, dan berdoa agar Allah menghilangkan amarah ini dari dalam hati.

Saya semakin serba salah. Saya hendak berbincang perkara ini dengan seseorang, namun saya takut tatkala membicangkannya, akan jatuh mengumpat pulak. Lebih baik saya sibukkan diri dengan perkara-perkara lain daripada mengenang perkara negatif sebegini. Saya mula menyedari bahawa tatkala saya sedang bersedih dan marah, amat mudah bisikan syaitan mempengaruhi diri saya. Saya mula hilang pertimbangan, dan perasaan sangka baik mulai hilang dari hati. Na'uzubillah.

Saya berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya. Saya juga mendoakan agar mereka berdoa juga berada dalam rahmat Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan mereka berdua.

Thursday, September 15, 2011

Sudut Jawapan. Antara Berkata Benar dan Mengumpat.

Salam Sejahtera Semuanya~ Semoga Tuhan Merahmati Kalian.

Pada suatu petang nan indah, tiga orang rakan karib telah berbual-bual di atas pangkin di laman rumah, sambil bercicah buah mempelam muda bersama garam belacan yang sambal kuah rojak, ditambah pula air teh 0 ais. (perghh nikmatnye)

Puan Nilam Sari yang baru habis menyidai kain di laman rumahnya telah dipanggil oleh Puan Seri Cahya Purnama yang kebetulan sememangnya sudah lama bersembang dengan Puan Sukma Kesuma Dewi. Puan Nilam Sari ingin menghantar anaknya Puspa Wangi yang masih kecil itu ke rumah jagaan kanak-kanak kendalian seorang rakan mereka Puan Merah Delima. Oleh kerana Puan Seri Cahya Purnama pernah menghantar anak lelakinya Adi Wira ke rumah jagaan yang sama, Puan Nilam Sari pun bertanya akan pandangan rakannya Puan Seri Cahya Purnama itu. [penat aihh aku menaip!!!]

Puan Nilam Sari: Cahya, dulu hang hantaq anak hang pi bagi Kak Merah jaga kan?

Puan Cahya Purnama: Haa laa.. awatnya Kak Nilam oiii~~ [sambil sedap makan buah mempelam]

Puan Nilam Sari: Aku ingat aku kena hantaq anak perempuan aku pi bagi dia jaga jugak laa~~

Puan Sukma Kesuma Dewi: Ate ngapenye Nilam wei, mike tak larat bebenor ke nak menjage anak mike tu, sampai nak dibagi kepade orang untuk menjagenye??

Puan Nilam Sari: Dak aihhh.. bukannya sampai lagu tu.. Aku ingat aku nak kena pi balik bekerja laa.. tapi, anak aku tu kecik lagi.. kena la bagi orang mengasuh~~

Menurut pengalaman Puan Cahya Purnama, selama mana anak beliau diasuh Puan Merah Delima, kerapkali beliau mendapati bahawa anak beliau mendapat lebam-lebam, yang mungkin disebabkan akibat jatuh, atau mungkin dicubit. Beliau yang bersangka baik, tidak pernah menyalahkan Puan Merah Delima yang telah lama beliau kenali itu. Namun, mungkin anaknya itu sendiri yang terjatuh, atau dicubit oleh anak-anak asuhan Puan Merah Delima yang lain.

Oleh kerana kejadian ini berlaku terlalu kerap, Puan Cahya Purnama dan suami memutuskan untuk berhenti daripada menggunakan khidmat Puan Merah Delima.

Namun, bagaimanakah untuk Puan Cahya Purnama menerangkan hal ini kepada Puan Nilam Sari, tanpa perlu mengumpat??

ini skrip yang mungkin kita akan dengar;

Puan Cahya Purnama: ermpphhh!! tak payah la Kak Nilam oii.. lagi baik kak Nilam tak payah hantaq anak Kak Nilam pi kat orang tua tu.

Puan Nilam Sari: Laa.. awatnya?? dia buat apa kat hang??

Puan Cahya Purnama: bukannya apa Kak, bukanlah cheq ni nak pi mengumpat pasai depa tu. [tapi satgi nak ngumpat jugak, kan?]

Puan Kesuma Dewi: Ate, cer citer, cer citer. Ape yang deme buat ke mike Chah???

Puan Cahya Purnama: Kak Nilam, Kak Kesuma, cheq ni punya laa nak tulong depa.. cheq bagi anak cheq kat depa suroh depa jaga. tapi, Kak Nilam nak tau dak, Kak Merah tu, jenis baran. Anak saya tu kak oiii.. tiap-tiap hari saya periksa badan dia dulu, ada ja lebam-lebam. Cheq saspek la kan, Kak Merah tu...

Haa~~ inilah mengumpat namenye. walaupun untuk kebaikan. seperti yang diniatkan oleh Puan Cahya Purnama tadi. Walaupun apa yang diperkatakan Puan Cahya Purnama mengenai Puan Merah Delima itu benar, dan niatnya menceritakan hal itu kepada dua rakannya itu pula adalah baik, namun, perilaku beliau itu tetap jatuh sebagai mengumpat. Wallahua'lam.

Jadi, ni skrip yang saya cadangkan pulak.

Puan Cahya Purnama: Kak Nilam, sekarang ni saya dah hantar anak saya pi rumah Kak Dang Anum. Kak Anum tu baik orangnya, lemah lembut dan cermat menjaga anak-anak ni.

Puan Nilam Sari: Oh ya ka? Awat hang tak hantaq pi rumah Kak Merah hang tu??

Puan Cahya Purnama: Saya suka dengan Kak Anum tu Kak.. lagi pun, dia tak berkira sangat samada anak dia atau anak kita, dia layan sama baik ja. Lagipun, Kak Anum tu jenis yang sangat jaga pemakanan. Dia pandai mengatoq makanan anak-anak kita tu mengikut keperluan zat tumbesaran anak-anak.

Puan Kesuma Dewi: Ish.. ye ke? ate, Kak Merah kome tu idok pandai ke ngator bende-bende ni semue Chah? Ate takkanla itu aje sebabnye mike tetibe menukor tukang ngasuh anak mike Chah? <---- [ayat godaan untuk mengumpat]

Puan Cahya Purnama: Ishh.. tak lah... Saya dah lama berkenan nak hantaq anak saya tu pi bagi Kak Anum jaga. Kebetulan la ni ada ruang kosong. Saya cepat-cepat la bagi. Ramai orang rekemen Kak Anum tu.. Lagipun, Kak Merah dah mengasuh ramai dah.. Saya kesian kat dia, takut dia penat nak layan karenah anak saya tu..

Lihatlah bagaimana jawapan bijak Puan Cahya Purnama dalam perkara ini. Beliau berjaya mengubah fikiran Puan Nilam Sari daripada menghantar anaknya untuk dijaga Puan Merah Delima, tanpa perlu mengumpat dan mengaibkan Puan Merah.

Kadang-kadang, tanpa kita sedari, walaupun berniat baik dan ikhlas dalam membantu rakan-rakan, kita tidak sedar bahawa percakapan kita sebenarnya telah mendatangkan aib kepada orang itu. Iya, walaupun ia benar-benar terjadi, selagi mana kita tidak berada di tempat yang betul dan di hadapan orang yang betul, apa-apa perkara buruk yang kita cakapkan adalah dikategorikan sebagai mengumpat. Wallahua'lam.

Mengumpat sebenarnya ada etikanya. Ada masa-masa dan keadaannya, mengumpat itu dibenarkan. Namun, hendaklah diniatkan mengumpat itu bukan untuk mengaibkan orang yang diumpat itu, tetapi atas dasar-dasar darurat yang memerlukan kepada pendedahan perbuatan orang tersebut, seperti dalam kes jenayah, di mana saksi adalah perlu mengumpat akan perbuatan pesalah.

Kebijaksanaan inilah yang perlu kita amalkan apabila hendak bercakap mengenai orang. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak tumpah. Apa bercakap mengenai orang, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja, hatta walaupun orang itu musuh kita. Itulah peringatan yang saya ingin beri kepada diri saya sendiri. Seperti yang dijanjikan Allah, jika kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaiban kita. Indahnya Islam ini.. ^^

Wallahua'lam.

Salam Sayang
>EffSpencer<

p/s: kalau ada apa-apa yang salah, tolong betulkan ye.. sile lah mengumpat kat bawah artikel ni.. ^^ nnt saya betulkan...


Jenis-jenis blog yang aku malas nak baca.

Hello semua. Salam sejahtera. ^^

Saya agak jarang membaca blog. Tetapi saya rajin browse kat internet untuk skim and scan blog-blog yang ada. kadang-kadang, saya jumpa blog yang agak menarik, terus saya bookmark dan follow. Tak krang jugak blog yang saya baca, isi kandungannya langsung tak menarik minat saya. Ada jugak jenis blog yang sangat menarik. Namun, saya malas nak baca, sebab di blog dia banyak sangat 'perhiasan'.
Saya cuba mengelak blog yang mengumpat orang lain. tak kira lah dia mengumpat pemimpin negara, selebriti tempatan dan antarabangsa, atau sesiapa sahajalah. (tapi, kadang2 terbaca jugak hehehe.)

1. Saya cuba mengelak daripada membaca blog2 yang negatif, self-centered, asyik bebel2 dan marah2 orang, yang selalu mengeluh dan mengadu pasal kehidupan dia yang macam2 dugaanlah. Ada yang suka ngutuk makcik bibah sebelah rumah yang [censored] yang kononnya suka menyibuk hal orang atau suka wat bisinglah. pemilihan perkataannya yang buat saya geleng kepala dan malu nak mengaku saya ni sebangsa dengan penulis blog tu. Ada juga blog yang selalu mengutuk dan mendedah kekurangan orang di sana-sini. Pakcik kat tempat kerja dia slow lah, boss dia bodoh lah, makcik cleaner yang tak reti wat kerja lah.. aduhai..

2. Saya jugak suka mengelak dari membaca blog2 yang saya susah nak faham, yang isi kandungannya ditulis menggunakan bahasa bermutu terlebih tinggi sehinggakan hanya sarjana bidang kesusasteraan sahaja yang faham; dan kadang-kadang, mungkin sehingga sasterawan negara pun takkan faham isi kandungan blog dia. hahaha. maka, tak payahlah saya baca, sebab saya pun takkan paham.mungkin dia guna bahasa asing yang saya takkan paham.
Ada jugak blog yang syok sendiri. Dia sorang ja yang faham. yang ni pun tak perlu saya baca. wahahaha..

3. saya juga cuba mengelak dari membaca blog-blog yang isi kandungannya mengarut-ngarut serta mencarut-carut. urghhh... tolonglah.. berlawanan dengan didikan mak saya. maki sana, maki sini. mintak jauh simpang 44 ribu pun takpe.

4. ada blog yang isi kandungan dia bagus. disusun setiap isi dengan baik dan ditulis dengan penulisan yang menarik. gaya bahasanya pulak tidak membosankan. akan tetapi, penulis blog ini juga kebetulan suka dengan sebuah lagu yang kononnya amat menyentuh jiwa dia. yang ni saya cuba ngelak jugak. sebab
a. selalunya saya online guna broadband. jadi kelajuannya rendah je. dahle kena download kandungan blog tu lepas tu nak buffer lagu yang tentu sangkut-sangkut.
b. dari tajuk blog tu dah tau jenis blog tu macam mana. kalau content dia yang jenis insaf-menginsafkan, tapi tiba2 keluar ja lagu gedik-gedik, sah2 saya tutup blog tu. tambah2 lagi, yang letak icon media player tu kecik nak mampos, pakai kanta pembesar pun belum tentu jumpa.
c. katalah dalam blog dia ada lagu yang dia suka sangat tu, dan dalam satu artikel dia tu pulak ada la lagu lain atau apa2 video yang dia post kat situ. mana satu yang nak dengar nihh??? confirm tekan ctrl+w..

Saya suka membaca blog2 positif. Blog yang cerita2nya menginsafkan. Blog2 yang isi kandungannya bernas, lawak, menggembirakan. saya jugak suka membaca blog2 yang ada teladan dan pengajaran, informasi yang berguna yang digarap menggunakan bahasa yang santai dan tidak membuatkan mata saya nak pejam je selalu.

a. suka tgk blog2 fotografer dan jurugambar. lepas tu, kalau ada maklumat dan tutorial mengenai macamana nak amik gambar camtu, sure saya akan cuba buat.
b. suka tgk blog yang ada benda2 kiut.
c. suka baca blog yang ada cerita yang lawak2.
d. suka baca blog yang ada faedah.

antara blog yang saya suka baca:

a. http://www.blogtokguru.com
b. http://baikpunyer.com
d. http://meowohmeow.com
e. http://reincarnationadz.blogspot.com/ [yg ni jrg2 skit, sbb dia kes 4 (a),(b), dan (c)]
f. http://ejadfotopoyo.blogspot.com/ [yg ni best.]
g. http://anastasiavolkova.blogspot.com [tgk sbb photography. model2 dia agak urm.. seksa dan mengancam]
h. http://www.thecoffeeshopblog.com [minat sangat]
i. http://www.photovillagestudio.com [kena pomote gak blog nih.. hahahaha]

actually ada 3-4 blog lagi yang saya suka baca+tengok. huhuhu
apa2 pun, semua orang berhak untuk letak apa saja kat blog masing-masing. saya memilih untuk menapis kandungan blog saya, dan juga menapis kandungan blog2 bacaan saya.

kepada yang berberapa kerat yang sudi membaca blog ni, kalau ada apa2 blog menarik, sharing is caring la sket..

^^