Salam Sejahtera Semuanya~ Semoga Tuhan Merahmati Kalian.
Pada suatu petang nan indah, tiga orang rakan karib telah berbual-bual di atas pangkin di laman rumah, sambil bercicah buah mempelam muda bersama garam belacan yang sambal kuah rojak, ditambah pula air teh 0 ais. (perghh nikmatnye)
Puan Nilam Sari yang baru habis menyidai kain di laman rumahnya telah dipanggil oleh Puan Seri Cahya Purnama yang kebetulan sememangnya sudah lama bersembang dengan Puan Sukma Kesuma Dewi. Puan Nilam Sari ingin menghantar anaknya Puspa Wangi yang masih kecil itu ke rumah jagaan kanak-kanak kendalian seorang rakan mereka Puan Merah Delima. Oleh kerana Puan Seri Cahya Purnama pernah menghantar anak lelakinya Adi Wira ke rumah jagaan yang sama, Puan Nilam Sari pun bertanya akan pandangan rakannya Puan Seri Cahya Purnama itu. [penat aihh aku menaip!!!]
Puan Nilam Sari: Cahya, dulu hang hantaq anak hang pi bagi Kak Merah jaga kan?
Puan Cahya Purnama: Haa laa.. awatnya Kak Nilam oiii~~ [sambil sedap makan buah mempelam]
Puan Nilam Sari: Aku ingat aku kena hantaq anak perempuan aku pi bagi dia jaga jugak laa~~
Puan Sukma Kesuma Dewi: Ate ngapenye Nilam wei, mike tak larat bebenor ke nak menjage anak mike tu, sampai nak dibagi kepade orang untuk menjagenye??
Puan Nilam Sari: Dak aihhh.. bukannya sampai lagu tu.. Aku ingat aku nak kena pi balik bekerja laa.. tapi, anak aku tu kecik lagi.. kena la bagi orang mengasuh~~
Menurut pengalaman Puan Cahya Purnama, selama mana anak beliau diasuh Puan Merah Delima, kerapkali beliau mendapati bahawa anak beliau mendapat lebam-lebam, yang mungkin disebabkan akibat jatuh, atau mungkin dicubit. Beliau yang bersangka baik, tidak pernah menyalahkan Puan Merah Delima yang telah lama beliau kenali itu. Namun, mungkin anaknya itu sendiri yang terjatuh, atau dicubit oleh anak-anak asuhan Puan Merah Delima yang lain.
Oleh kerana kejadian ini berlaku terlalu kerap, Puan Cahya Purnama dan suami memutuskan untuk berhenti daripada menggunakan khidmat Puan Merah Delima.
Namun, bagaimanakah untuk Puan Cahya Purnama menerangkan hal ini kepada Puan Nilam Sari, tanpa perlu mengumpat??
ini skrip yang mungkin kita akan dengar;
Puan Cahya Purnama: ermpphhh!! tak payah la Kak Nilam oii.. lagi baik kak Nilam tak payah hantaq anak Kak Nilam pi kat orang tua tu.
Puan Nilam Sari: Laa.. awatnya?? dia buat apa kat hang??
Puan Cahya Purnama: bukannya apa Kak, bukanlah cheq ni nak pi mengumpat pasai depa tu. [tapi satgi nak ngumpat jugak, kan?]
Puan Kesuma Dewi: Ate, cer citer, cer citer. Ape yang deme buat ke mike Chah???
Puan Cahya Purnama: Kak Nilam, Kak Kesuma, cheq ni punya laa nak tulong depa.. cheq bagi anak cheq kat depa suroh depa jaga. tapi, Kak Nilam nak tau dak, Kak Merah tu, jenis baran. Anak saya tu kak oiii.. tiap-tiap hari saya periksa badan dia dulu, ada ja lebam-lebam. Cheq saspek la kan, Kak Merah tu...
Haa~~ inilah mengumpat namenye. walaupun untuk kebaikan. seperti yang diniatkan oleh Puan Cahya Purnama tadi. Walaupun apa yang diperkatakan Puan Cahya Purnama mengenai Puan Merah Delima itu benar, dan niatnya menceritakan hal itu kepada dua rakannya itu pula adalah baik, namun, perilaku beliau itu tetap jatuh sebagai mengumpat. Wallahua'lam.
Jadi, ni skrip yang saya cadangkan pulak.
Puan Cahya Purnama: Kak Nilam, sekarang ni saya dah hantar anak saya pi rumah Kak Dang Anum. Kak Anum tu baik orangnya, lemah lembut dan cermat menjaga anak-anak ni.
Puan Nilam Sari: Oh ya ka? Awat hang tak hantaq pi rumah Kak Merah hang tu??
Puan Cahya Purnama: Saya suka dengan Kak Anum tu Kak.. lagi pun, dia tak berkira sangat samada anak dia atau anak kita, dia layan sama baik ja. Lagipun, Kak Anum tu jenis yang sangat jaga pemakanan. Dia pandai mengatoq makanan anak-anak kita tu mengikut keperluan zat tumbesaran anak-anak.
Puan Kesuma Dewi: Ish.. ye ke? ate, Kak Merah kome tu idok pandai ke ngator bende-bende ni semue Chah? Ate takkanla itu aje sebabnye mike tetibe menukor tukang ngasuh anak mike Chah? <---- [ayat godaan untuk mengumpat]
Puan Cahya Purnama: Ishh.. tak lah... Saya dah lama berkenan nak hantaq anak saya tu pi bagi Kak Anum jaga. Kebetulan la ni ada ruang kosong. Saya cepat-cepat la bagi. Ramai orang rekemen Kak Anum tu.. Lagipun, Kak Merah dah mengasuh ramai dah.. Saya kesian kat dia, takut dia penat nak layan karenah anak saya tu..
Lihatlah bagaimana jawapan bijak Puan Cahya Purnama dalam perkara ini. Beliau berjaya mengubah fikiran Puan Nilam Sari daripada menghantar anaknya untuk dijaga Puan Merah Delima, tanpa perlu mengumpat dan mengaibkan Puan Merah.
Kadang-kadang, tanpa kita sedari, walaupun berniat baik dan ikhlas dalam membantu rakan-rakan, kita tidak sedar bahawa percakapan kita sebenarnya telah mendatangkan aib kepada orang itu. Iya, walaupun ia benar-benar terjadi, selagi mana kita tidak berada di tempat yang betul dan di hadapan orang yang betul, apa-apa perkara buruk yang kita cakapkan adalah dikategorikan sebagai mengumpat. Wallahua'lam.
Mengumpat sebenarnya ada etikanya. Ada masa-masa dan keadaannya, mengumpat itu dibenarkan. Namun, hendaklah diniatkan mengumpat itu bukan untuk mengaibkan orang yang diumpat itu, tetapi atas dasar-dasar darurat yang memerlukan kepada pendedahan perbuatan orang tersebut, seperti dalam kes jenayah, di mana saksi adalah perlu mengumpat akan perbuatan pesalah.
Kebijaksanaan inilah yang perlu kita amalkan apabila hendak bercakap mengenai orang. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak tumpah. Apa bercakap mengenai orang, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja, hatta walaupun orang itu musuh kita. Itulah peringatan yang saya ingin beri kepada diri saya sendiri. Seperti yang dijanjikan Allah, jika kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaiban kita. Indahnya Islam ini.. ^^
Wallahua'lam.
Salam Sayang
>EffSpencer<
p/s: kalau ada apa-apa yang salah, tolong betulkan ye.. sile lah mengumpat kat bawah artikel ni.. ^^ nnt saya betulkan...
No comments:
Post a Comment