Tuesday, September 27, 2011

Miscommunication!!!


Semoga Allah merahmati kita semua. Salam sejahtera kepada kawan-kawan sekelian.

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang diciptakan sebagai makhluk yang sosial. Manusia perlukan perhubungan sesama manusia lain, dan manusia juga ada hubungan sosial dengna makhluk lain.

Baru-baru ini saya merasakan akibat menokok tambah cerita. Saya bercakap di telefon dengan seseorang, lalu orang tersebut telah menyampaikannya kepada orang lain. Namun, apa yang telah sampai ke telinga orang ketiga itu adalah lain daripada apa yang saya cakapkan. Sangat jauh berbeza sehinggakan orang ketiga itu menjadi marah kepada saya. Akibat itu, saya diperingatkan agar jangan sesekali mempersendakan orang lain. Saya disuruh belajar lagi bab aqidah. Dan saya ditanya samada apabila saya bercakap, saya guna otak atau tidak.

Saya sangat sedih dengan kenyataan-kenyataan ini. Memang saya ni tak ada otak ke? Seingat-ingat saya, ketika saya bercakap dengan orang kedua (si penyampai cerita) tidak timbul sekali pun apa-apa perkara yang mempersendakan orang. Apakah kaitannya kamera dengan akidah saya, sehingga saya disuruh belajar akidah lagi?

Subhanallah. Sejak saya menerima teguran keras itu, saya telah bermuhasabah diri selama berberapa hari. Mungkin salah saya yang tidak menyampaikan mesej dengan seterang-terangnya. Saya cuba bersungguh-sungguh bersangka baik kepada orang kedua dan orang ketiga itu, dan cuba tidak menyalahkan mereka. Namun, hati yang sakit ini, ditambah bisikan syaitan yang kuat, menambahkan kesedihan dan kemarahan dalam hati.

Saya tidak tahu bagaimana nak menjawab perkara tersebut. Dan sehingga sekarang, saya masih belum menjawab persoalan-persoalan bodoh ini kerana hendak mengelakkan perbalahan dengan orang tersebut. Saya hanya mampu menyimpan geram dan sakit hati ini dalam hati saya, dan berdoa agar Allah menghilangkan amarah ini dari dalam hati.

Saya semakin serba salah. Saya hendak berbincang perkara ini dengan seseorang, namun saya takut tatkala membicangkannya, akan jatuh mengumpat pulak. Lebih baik saya sibukkan diri dengan perkara-perkara lain daripada mengenang perkara negatif sebegini. Saya mula menyedari bahawa tatkala saya sedang bersedih dan marah, amat mudah bisikan syaitan mempengaruhi diri saya. Saya mula hilang pertimbangan, dan perasaan sangka baik mulai hilang dari hati. Na'uzubillah.

Saya berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya. Saya juga mendoakan agar mereka berdoa juga berada dalam rahmat Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan mereka berdua.

No comments:

Post a Comment