Tuesday, July 16, 2013

Gambar dari kamera filem.

Teringin nak muat naik gambar dari kamera filem. Dah berbulan-bulan dah filem negatif ni dicuci, sebelum ni cuma upload di facebook, dan saya privatekan.

Dah lama rasanya tak bergambar guna kamera filem. kali terakhir saya guna kamera filem masa umur 19-20 tahun. Tahun ni pulak saya dah pun berumur 27. Memandangkan kamera filem saya tu butang-butang dan punat-punat dia tak jauh beza berbanding kamera digital saya, taklah kekok sangat.

Filem yang saya guna ni adalah filem Lomo Colour.

Camera yang saya guna ni pulak, bila kita masukkan filem, kamera akan tarik semua filem ke hujung. Jadi, susunan gambar jadi terbalik. Kalau kamera lain, yang pertama tu adalah filem di hujung, bukan di pangkal.

Entahlah, saya pun pening nak terangkan.

Saya tak kenal nama bunga ni, tapi memang banyak dan tumbuh meliar ja.  (Aihh.. awat skema sangat menulis hari ni)

Pokok ni memang tempat burung gagak bertenggek dan melepak. Tapi burung gagak kat sini agak sensitif. Pantang tala kamera sekali pun, dan bertempiaran terbang. (Ayat macam dalam buku teks.)



Gagal nak menimbulkan sense of perspective. Mula-mulanya ada burung atas tiang ni, masa tengah setting dia duduk diam-diam ja, selesai ja setting, terus dia terbang.


 Pemandangan ni di belakang rumah saya. Tempat lembu meragut.


 Tepi kawasan perumahan saya jumpa bunga ni.


Waktu pagi sebelum subuh di Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Waktu ni baru lepas perayaan Tahun Baru Cina.



Teh ais yang saya minum ni banyak buih.


Bunga Lili kot namanya. Entahlah. Saya kena kerap baca buku tumbuhan.  Yang ni ditangkap menggunakan lens 24-70 f/2.8.


Kawan baik saya menikah. Masa sesi outdoor dia, saya join sekali. Gambar dia menikah dalam masjid pun ada kat bawah ni.

 Speedlight tak menyala masa ni sebab terlupa nak buka. Haih... tu lah, kalau pakai filem, kena teliti benda-benda ni semua. Kalau pakai digital, tak jadi buatlah lain.



 Menikah jugak hg Shaik oii, dengan cinta pertama pulak tu. (Rasanya.) Dah 7 tahun berkawan.


 Tempat parking motor ni seram. Pakai 50mm f/1.8


 Coconut Shake Padang Kota yang terkenal. Memang sedap. Saya tak minat air kelapa nih, tapi yang ni serius sedap.

 Seorang badut menghiburkan kanak-kanak di Padang Kota. Bukan senang jadi badut, kena riang ria sentiasa, bersemangat, bertenaga, dan pandai melayan orang.


 Aku tembak engkau yang menembak aku. Siapa tembak siapa dulu? Ni kawan saya Imran.


 Balai Bomba Bayan Baru, Pulau Pinang.


 Dekat pasar lama Bukit Gedung, ada orang jual lempeng nyiur, cicah gulai. Kurang panas. Kalau panas sedap. Tapi, yang ni di goreng sedia. Kalau boleh nak cicah sambal tumis + ikan bilis.


 Bapak saya pandai masak, walaupun jarang masuk dapur. Yang ni, tomyam ayam, siakap masam manis, sayur goreng, telur dadar.. haihhh....




Pasar malam Sg. Ara. Dengan tone filem tu, nampak tak ubah macam babak dari filem tahun 80-an.


Retro sungguh. Buku-buku cerita ni saya jumpa kat Lebuh Acheh.Tempat orang meniaga di kaki lima jalan tersebut.



Di Masjid Kapitan Keling, saya nampak adik ni sedang membaca tulisan bertajuk Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.



 Yang di atas tu hidangan makan malam saya, yang di bawahnya pulak kawan saya makan mee kari. Saya selalu setting bagi exposure +1 kalau shoot di tempat yang cahayanya macam kat restoran. Tapi still nampak biasa ja.



 OK jugak walau guna flash. Kawan saya ni masih bujang dan boleh kata bagus sangatlah untuk dia kalau menikah. Sikit lagi dah nak sampai tahap terdesak.




Pantai di belakang Hotel Flamingo, Pulau Pinang.



Yang ni namanya Laman Mempelai, di Taman Belia Pulau Pinang. Jadi tumpuan bagi pengantin bergambar. Ada kolam kecil beserta air pancut, dan titi kecil ni yang romantik sangat.


Gambar pertama ni jadi macam ni sebab dah tersetting jadi panorama mode. Memang ciri istimewa kamera ni. Saya terlupa nak periksa. Saya amik gambar ni di Masjid Kelawei. Seni bina dia indah sangat.



Ada dua keping gambar dah rosak, sebab makcik yang develope gambar ni buka canister filem tu kat luar, bukannya dalam dark room. Sekali tengok macam double exposure, tapi, memang rosaklah gambar tu. Nasib baik gambar tak penting. Kalau gambar yang penting, nescaya kena samanlah makcik tu.

No comments:

Post a Comment