Monday, July 22, 2013
Reaksi Saya Terhadap Reaksi Rakan-rakan Mengenai Kejadian 'Buka Puasa Bak Kut Teh'
Katakanlah pada suatu hari ada orang non-muslim mengata kat Mak kita, dia kata mak kita tu gemuk macam ba... errr... badak...
Marah tak kita?
Kalau anak tu bukan anak derhaka, dia mesti takleh duk rilek macam tu saja.
''Hang kata apa kat mak aku?? Bangsats!! Tak guna punya non-muslim!!'' lebih kurang macam tu lah respon kita kan?
Mak kita pun kata, ''tak payahlah hang buang masa dok marah orang tu, nabi tak suruh pun buat macam tu. tengok adik hang, dia kata kat mak lagi teruk daripada non-muslim tu, hang tak kata apa-apa pun~~~,''
Habis tu, kita nak buat macam mana? Nak duduk senyap sambil tesengih-sengih macam kerang busuk ja sambil dengar orang kata mak kita gemuk macam ba... errr... badak??
Bukannya kita tak marah kalau adik/abang/kakak kita kata kat mak kita macam tu, kita marah jugak kan? Jadi, khabar angin yang mengatakan kita tak marah ni mai dari mana? Sila jawab sat..
Samalah kesnya kat sini, kalau orang Islam sendiri hina Islam, kita pun marah melenting-lenting cam nak hempuk ja laptop tu kan? Bukannya kita dok diam sambil tunjuk ''peace'' kat orang tu. Banyak possibility yang mungkin berlaku kat sini. Mungkin sebelum ni takdak orang share dengan dia pasal orang muslim yang hina agama sendiri kat Facebook/twitter/youtube/keek/line/weechat/kakaotalk/segala jadah apa lagi semua tu, dan kes yang kali ni baru dia nak naik suara.
So, patutkah kita dok pi perli-perli orang macam ni? Orang tu baru nak berkobar-kobar semangatnya nak cinta dan pertahankan agama dia. Tapi, dek kerana orang yang jauh lebih 'arif/bijak/pandai/alim' dok menyindir dan perli usaha dia dan semangat dia, terus dia hilang minat.
Sikap sesetengah muslim yang 'arif/bijak/pandai/alim' nilah yang menyumbang kepada murtadnya begitu ramai orang islam. Mereka kecewa dengan sikap agamawan sekeliling mereka sehingga hilangnya pedoman mereka kepada agama. Ramai yang jadi macam tu sampai sanggup kata kat Nabi Muhammad SAW adalah pedophile dek kerana berkahwin dengan Aisyah r.a. Ada jugak yang kata yang Nabi SAW ni jantan miang sebab kahwin sampai 10 orang. Depa ni [yg murtad dan non-muslim] bukannya dapat maklumat dari sumber yang betul yakni melalui pembacaan dan pembelajaran, tapi dari pemerhatian terhadap sikap dan perilaku muslim zaman sekarang yang menyedihkan. [sorry iklan panjang sangat]
Berbalik kepada persoalan kemarahan umat islam zaman sekarang.
Kitakan orang islam, islam kan agama sejahtera, kedamaian, takyahlah sampai maki-maki orang. kalau kita dok maki-maki orang, nanti orang kata islam ni memang ajar penganutnya ganas...
Kalau hangpa pi dok negeri arab nun, hangpa tengok macam mana depa sesama sendiri bila hatta bermesyuarat sekalipun, depa punya bahasa, fuhh.. 'indah' sangat, sampai tak sanggup saya nak dengaq. Itu sesama sendiri, apatah lagi kalau ke atas non-muslim. Orang non muslim pun maki orang kuat gak. takdak pun orang kata agama depa ajaq depa suruh maki orang kaw-kaw.
Ramai yang beritahu saya cerita orang Arab badwi yang menajisi tiang masjid, lalu para sahabat sangat marah sampai nak bunuh orang tu, tapi dihalang oleh Nabi SAW. Kelembutan ini menyebabkan orang badwi tu memeluk islam. Kisah ni dijadikan teladan dalam kita menangani kes buka puasa bak kut teh ni.
Tapi, saya ingat, Nabi SAW tak mengejek-ejek pun sahabat yang marah-marah. Nabi tak banding-banding pun antara sahabat yang mana marah yang mana tak marah. Nabi tak kata pun kat para sahabat ''elehh, baru cuit skit, melatah, kena usik sikit ngamuk-ngamuk..''
Nabi SAW buat apa? just suruh orang bertenang, cuci najis sampai bersih dan dok rilek. Tu para sahabat, yang dekat dengan baginda Nabi, yang dijamin syurga pun ada, semuanya pun melatah, terkujat, melenting, mengamokk. Kita yang jauh ni....
Apa beza lelaki badwi dengan si sex-bloggers tu?
Badwi tu jahil. dulu takdak surat khabar, internet pun takdak, dia dengar dari kawan-kawan dia kata islam tu macam ni macam tu, Muhammad tu pulak macam ni macam tu. Sebab tu dia kencing kat tiang masjid tu.
Yang dua ekoq ni plak? Nak kata jahil sangat tu taklah. sampai masuk universiti kat oversea plak tu. Maklumat dihujung jari, kalau benda semudah orang islam haram makan babi, dan babi tu haram, tu takpayah masuk universiti lah bang... kak... pi dok hutan jelah.
Muslim mana yang taktau orang beragama Hindu dan penganut ajaran Buddha tidak makan daging lembu? mesti tau kan? so, macam mana nak kita kata yang dua ekoq tu jahil? oh please..
Kami cuma tegur ja, bukannya apa pun.
Hangpa bukan tegoq, hgpa perli orang, hgpa sindiaq orang. hgpa kata tu dakwah cara berhikmah, kreatif, bahasa lembut, guna gambaq, grafik, warna warni. Hangpa bagi jatuh semangat budak-budak yang nak berjuang kerana islam nih. Hangpa bagi depa rasa malu. Hangpa bagi depa rasa segala-gala yang depa buat tu tak islamik.
Habis tu, nak buat macam mana?
Tak payah lah perli orang. tak payah lah sindiaq orang. tu baru berhikmah. bijak la sikit susun ayat.
Kalau tak sindir-sindir, komen/post aku tak banyak orang like, blog aku takdak viewer la nanti!
Sekeh mau?
Saya tak suruh pun kita semua pi buat sesi maki-hamun berjemaah kat depa tu. Jom kita marah ramai-ramai, tapi, kita marah lah dalam doa dan solat. pi mengadu kat Allah, ya Allah, hari ni ada orang non muslim hina agama Kau yang suci ni. Aku rasa marah sangat kat depa. rasa macam nak kerat-kerat isi depa pastu rebuih buat sup. macam mana aku nak buat ni ya Allah.
Kan best kalau tiap-tiap kali ada kes macam ni, kita buat semayang sunat ramai-ramai kat stadium, pastu kita marah beramai-ramai cara yang paling gentlemen.
Ataupun kalau marah sangat, tulis atas sekeping kertas, tulih panjang-panjang macam tulih novel. pastu amik kertas tu bakaq buang. biaq kemarahan kita lenyap bersama kertas-kertas yang tebakaq tu.
Habis tu, nak biar saja ka orang islam berterus-terusan maki hamun orang dan menonjolkan peribadi tak islamik sangat tu?
saya tak bagi lesen untuk maki orang sesuka hati. cumanya, bila jadi lagu ni, ramai orang tersentuh hati dan rasa marah. keja kita yang pandai kawal perasaan ni adalah untuk tunjukkan contoh yang baik, sabarkan depa, tenangkan depa. bukannya perli, sindir, dan jatuhkan depa.
amacam? sempoi?
Sekadar isi hati saya yang sangat jahil. Kalau salah tegoq-tegoqlah na...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment