Monday, September 10, 2012

Penemuan hasil kajian terbaru yang MENGGEMPARKAN. 10 kesan sampingan menutup AURAT dengan SEMPURNA

Assalamualaikum everybody. 

Adakah anda masih dilanda kesan-kesan GangNam Style, hahaha.. Saya dipaksa mendengar dan menonton GangNam dengan tarian yang agak lucu [dibaca lucah atau loqlaq] yang disandarkan kepada gerakan menunggang kuda. Selepas GangNam, telinga saya disodok pula dengan irama batu dan golek [sila baca: telinga bernanah + sakit otak] oleh kumpulan ratu cantik batu kristal. Terasa seperti ingin memijak-mijak pemain DVD dan pembesar suara durjana yang sangat gigih memanchorkan lagu-lagu tersebut. 

Kerut dahi.

Kali ini, saya hendak berkongsi bersama para pembaca [dibaca: peminat kipas susah mati] tentang sebuah kajian terbaru para ilmuan tersohor negara mengenai satu fenomena melanda negara. Baru-baru ini, negara telah diperkenalkan dengan berberapa produk yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat negara. Hal ini telah menyebabkan pengusaha dan penjual produk ini berkembang ibarat jerawat tumbuh selepas puberty. Nyata produk ini mempunyai kesan sampingannya, terutamanya kesan secara langsung kepada pemakainya. Selain itu, produk-produk pelbagai jenama seperti Fareedah, Aliyah, Salamah, Bawal, Buntal, Singa Bangun Pagi dan sebagainya ini mempunyai impak besar secara tidak langsung kepada ahli keluarga dan rakan-rakan pemakai.

Hidung Kembang. Atas hidung saya ada jerawat baru nak naik. 

Di sini saya akan menyenaraikan 10 kesan sampingan menutup aurat [juga dibaca: memakai tudung labuh]. 

1. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh para pengkaji di Long Beach, Back Island bahawa telah berlaku peningkatan kecomelan secara mendadak sebanyak 300% telah berlaku kepada para pemakai. 99.9% responden yang ditemuramah mengakui bahawa mereka atau ahli keluarga mereka menjadi bertambah comel setelah mengenakan tudung. En. S dari Long Beach, Back Island bersungguh-sungguh mengakui bahawa setelah isteri beliau mendapatkan khidmat jururunding pemakaian tudung labuh dari seorang rakan beliau, isteri En. S kini telah menjadi sangat comel. ''Ibu saya pun jeles teramat sangat nengok bini saya kini dah menjadi lebih comel dari beliau.'' ujar En. S yang tersipu-sipu malu. 

[saya pun comel gak ok]

2. Pada berberapa bulan yang lalu, sebuah makmal penyelidikan yang ditubuhkan di Blackpool, yang ditaja oleh Yayasan Tutup Aurat Negara [YaYaAuww] telah menjalankan kajian tentang kesan pemakaian produk khas ini di kalangan warga korperat.  70% respoden yang dikaji menyatakan setelah memakai menurut perintah syara' mereka lebih dihormati dan disegani masyarakat. 
''Ramai yang kini senyum sambil memberi salam kepada saya, dan ada yang sehingga tunduk sedikit, dan ada di antara mereka turut bersalam dan mencium tangan saya,'' Ujar Puan J yang merupakan seorang jurutera perkomputeran. 
''Saya semakin dihormati oleh rakan sekerja dan pekerja saya. Sejak berubah menggunakan produk ini, semua pekerja saya menghormati saya dan segala keputusan saya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh,'' Puan G adalah seorang pengurus sebuah pasaraya di utara tanah air. 

[hidung tersumbat]

3. Enam bulan yang lalu, sekumpulan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dari Fakulti Pengajian Sosial dan Kemasyarakatan, Kolej Universiti Suka Mesyuarat [KESUM] telah membuat kajian ke atas 3000 orang warga sekitar kampus mereka yang telah diberi peluang mencuba produk-produk ini selama 3 bulan, mendapati bahawa para pemakai produk-produk ini semakin popular dan diminati. Antara hasil kajian mendapati semua responden semakin kerap dijemput ke parti-parti sensasi [dibaca: bulatan gumbira], serta majlis-majlis penuh glamor dan gilang gemilang [dibaca majlis ilmu]. 

[saya tak belajar di universiti]

4. Hasil kajian yang sama juga mendapati bahawa, daripada 3000 responden yang dikaji, 1500 ada pengguna yang sudah berkahwin. Hampir 65% daripada responden yang sudah berkahwin ini mengakui bahawa sejak memakai produk kecantikan [dibaca: tudung] ini, perkahwinan mereka bertambah bahagia, manakala 30% responden yang ditanya mengatakan mereka telahpun mengamalkan produk kecantikan ini sejak sebelum bernikah lagi dan sehingga sekarang perkahwinan mereka sangat berjaya. 

[teringin pulak nak berkahwin rasanya - senyum gatal sorang-sorang] 

5. 88% Pengguna produk kecantikan ini mendapati bahawa setelah menggunakannya, mereka menjadi bertambah bijak, cerdas minda dan sangat tajam pemikiran. Demikian ujar Prof. Madya Dr. N, yang telah membuat kajian klinikal ke atas 134 orang pengguna produk kecantikan ini. Didapati daripada data hasil kajian klinikal tersebut, IQ pengguna produk ini adalah secara puratanya 37% lebih tinggi berbanding wanita-wanita lain yang tidak menggunakannya. ''Jika kita lihat di universiti sekali pun, pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus yang sukar seperti perubatan, kejuruteraan dan pengajian sains, lebih dari 60% adalah pengguna produk kecantikan [dibaca: tudung labuh] ini,'' Ujar Prof. Madya Dr. N yang juga merupakan pengguna produk tersebut.

[bilalah saya boleh buat PhD pulak ni???]

6. Majalah Hiburan Oppsss! baru-baru ini telah mengadakan undian secara online bagi mencari style terbaru yang tercantik, dan baru-baru ini keputusannya telahpun diumumkan melalui sidang media yang diadakan di ibu negara. Menurut Editor Majalah Oppsss!, lebih 79% pembaca majalah tersebut bersetuju bahawa pengguna produk kecantikan [dibaca: tudung labuh] adalah lebih cantik, dan elegan. 

[suka baca majalah hiburan mempelam - memang mencuci mata sampai bersih bersinarrr]
 
7. Pelakon dan dramatis terkenal Pn. A yang baru-baru ini mengumumkan di laman sosial twitter miliknya yang beliau telahpun mengenakan produk ini turut menulis di akaun twitter miliknya bahawa beliau kini berasa sangat bebas dan merdeka, menurutnya lagi yang juga menulis di facebook, beliau kini lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu dan setiap pekerjaannya juga menjadi mudah. Status facebook yang di'update' beliau tersebut mendapat sejumlam 19 217 'like' dalam masa hanya sejam sahaja. Menurut beliau lagi, jumlah follower beliau di twitter meningkat sebanyak 600% sejak menggunakan produk tersebut.

[ramai kawan saya yang kuat drama swasta - especially bila nak pinjam duit]

8. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Keluarga Negara Indera Pura, kadar penceraian di negara mereka menurun mendadak dengan sangat banyak semenjak produk kecantikan ini diperkenalkan di negara mereka. Menurut statistik Jabatan Polis dan Keselamatan Warga negara yang sama juga menunjukkan penurunan kadar jenayah ragut, rogol, dan culik dengan kadar yang sangat signifikan semenjak warga negara mula memakai produk kecantikan ini. 

[saya pernah hampir diculik. mungkin saya perlu pakai produk ni???]

9. Dewan Perniagaan Tekstil negara dalam sidang medianya yang diadakan sebulan lalu memaklumkan bahawa harga kain dalam negara akan mengalami penurunan, akibat permintaan yang tinggi dan pengeluaran yang stabil. Ujar presiden Dewan Perniagaan Tekstil, Puan. L berkata, oleh kerana semakin ramai menggunakan produk kecantikan ini, permintaan terhadap kain bermutu tinggi telah meningkat dengan begitu banyak menyebabkan berberapa pengilang tekstil telah membuka kilang mereka di negara ini. Hal ini katanya lagi akan menurunkan kos pembuatan, dan pemasaran sekali gus boleh menurunkan harga kain dalam negara kita. 

[boleh lah pakai baju raya geran-gerand sikit taun depan]

10. Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kesejahteraan Kenderaan negara telah mengeluarkan satu laporan setebal 700 mukasurat 3 bulan lalu untuk dibentangkan di parlimen. Antara laporan yang telah diperdengarkan kepada ahli-ahli yang berhormat adalah berkaitan dengan penurunan kadar kemalangan maut di jalan-jalan bandar dan kampung yang dikaitkan dengan penggunaan produk kecantikan ini. Menurut laporan tersebut, didapati bahawa di bandar-bandar di mana ramai pengguna produk kecantikan ini meningkat naik, kadar kemalangan didapati menurun sejajar dengan peningkatan pengguna produk kecantikan ini. 

[saya tak pernah kemalangan lagi sebelum ni]

Betul tak saya cakap. Pakai tudung dan tutup aurat dengan baik dan sempurna ni banyak faedahnya~~~





 

No comments:

Post a Comment