Saturday, February 26, 2011

Kosong Minda

Salam Sejahtera. ^.^

Kini saya kembali dari kesepian yang telah berlarutan buat berberapa ketika yang agak panjang. Dek kerana kekosongan minda, dan juga hati melimpah ruah dengan perasaan; maka akal itu sedikit terganggu. Merencatkan pembikinan buah-buah fikiran untuk dicurahkan di sini.

Haish..

Namun, jika saya titipkan setiap rasa yang melalui kalbu ini, nescaya tiga hari tiga malam pun mungkin belum habis dibaca. Secara jujurnya, jika hati itu dibandingkan seperti kolam atau perigi, dan air itu adalah perasaannya, maka hati saya adalah seperti sebuah telaga yang melimpah ruah dengan air yang kadang-kadangnya terlalu panas, dan kadang-kadangnya terlalu dingin. Huish, rumit benar agaknya itu.

almaklumlah, saya tidak pernah melalui saat-saat begini.

Namun, tamat bab tersebut. Seperti yang telah saya azamkan seminggu selepas kepulangan beliau, saya harus terus mengingatinya, menghargai kebaikannya, menghormati kenangan dan prinsip hidupnya semasa dia masih bersama kita. Saya gembira kerana diizinkan Tuhan untuk bertemu dengan seorang yang amat baik- seorang yang sempurna bagi saya walau ada cacatnya.

Kebahagiaan yang saya rasa di saat-saat kami bersama itu adalah yang saya akan bawa semasa hidup saya. Saya yakin, beliau pasti mahukan kegembiraan yang diberi beliau terus bersemi di atas bumi yang telah beliau tinggalkan ini.

Beliau adalah seorang yang baik- tidak jemu saya ulangkan di sini.

Pemikirannya yang dalam, dan jauh, tetapi tidak kompleks, mudah, dan memudahkan. Saya teringatkan pepatah bahasa inggeris; "A wise man simplifies things, a fool however, just make things look complicated." Inilah cara pemikiran beliau yang ingin saya contohi. Fikir jauh ke hadapan, dan cari jalan untuk mencapai ke arah itu. Cari jalan terbaik, mudah lagi memudahkan. Tidak perlu akan kerumitan yang merumitkan. Mudah bukan?

Sememangnya memudahkan.

Saya sayangkan semangat keadilan dan kesaksamaan beliau. Beliau pernah menyebut; kita sering melayan anak orang lain lebih baik dan lebih lembut dari cara kita melayan anak sendiri. Ini kerana, kita takut, jika kita melayan anak orang lain seperti sama buruknya layanan yang kita berikan kepada anak sendiri, anak tersebut akan menceritakan perihal ini kepada ibu bapa mereka.

Alangkah baiknya jika anak kita sendiri diberi layanan yang sebaik itu. Ujarnya lagi.

Hehehe. Adil dan Saksama. Saya ada melawan, hujah saya; anak sendiri tidak boleh selalu dimanjakan. lagipun mereka sudah biasa dengan layan sebegitu, bukannya tidak sayang, cuma tidak ditunjukkan sahaja.

Jawab beliau mudah: "Kenapa perlu kita berlebih-lebih menunjukkan kasih sayang kepada anak orang lain? Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati dahagakan kasih sayang?"

Kesimpulannya: Keluarga patut diutamakan. Kasih sayang perlu ditunjuk.

Permudahkan, namun jangan ambil mudah.
Sayang, dan anda akan disayangi.


No comments:

Post a Comment