Salam Sejahtera, Bersama Rahmat dan Kasih Tuhan buat semua.
Selamat Menyambut Tahun Baharu! ^.^ Semoga tahun Arnab ini menjadi tahun yang amat produkti bagi nusa kita tercinta; sempena mengambil semangat Arnab yang memang sangat produktif! hahaha..
Topik Hari Ini: Dua Wanita Cantik, Dua Insan Istimewa. Dua Puluh Minit. Siapakah wanita-wanita ini? Siapa pula yang istimewa?
Hari ku bermula seperti biasa, tiada apa kepelikan dan tiada berlaku apa-apa yang luar biasa. Tiada pula apa-apa yang menarik telah berlaku. Hari ini, minda saya kosong tanpa ada apa-apa pengisian. Namun, pada waktu asar tadi, semasa bergerak menuju perhentian bas di hadapan Pasaraya Besar Giant di Bayan Baru, saya terlihat seorang kanak-kanak istimewa, sedang menuruni sebuah kereta di tempat meletak kereta di pasaraya tersebut. Rupanya tidak secomel kanak-kanak lain seusia dengannya. Mukanya agak leper, dan kedua-dua matanya agak tersembul keluar, menyebabkan ekspresi mukanya seperti amat marah.
Saya pernah melihat seorang dewasa yang mempunyai rupa sepertinya di Negeri Indera Kayangan, waktu perayaan Krismas yang lalu. Ketika itu, beliau sedang melakukan persembahan seni silat yang diiringi muzik berupa serunai, gong, dan genderang. Rupa parasnya yang istimewa itu mencuit hati para penonton. Tatkala itu, saya tidak pernah terfikir akan masa muda pesilat istimewa itu. Namun, memandang wajah kanak-kanak istimewa itu membuatkan saya berfikir sejenak, bagaimanakah agaknya masa muda Pesilat Istimewa itu. Tentu agak perit.
Jika Pesilat Istimewa itu hidup dalam masyarakat majmuk Malaysia yang biasa, maka saya amat pasti kehidupannya pasti dipenuhi ejekan, tohmahan dan cercaan yang barangkali sering melukakan hatinya. Sudah menjadi lumrah masyarakat Malaysia, gemar menghina dan mencerca orang-orang yang tidak serupa dengan orang normal. Hehe.. orang normal pun dicerca, tambah lagi orang kurang normal.
Persoalan yang timbul. Adakah ibubapa zaman kini menggalakkan anak-anak mereka menghina orang lain? Tidakkah mereka mendidik anak-anak mereka agar berkelakuan sopan dan menjaga tutur kata? Saya boleh menerima lawak jenaka pada orang normal, namun, menghina orang istimewa adalah sangat melampau bagi saya.
Mungkin, inilah lumrah kehidupan.
Fikiran menerawang lagi. Bagaimana pula nanti kehidupan yang akan dilalui oleh Kanak-kanak Istimewa tadi.
Saya mendoakan agar Allah menjaga beliau, dan menghindarkan beliau dari dihina, dicerca dan dijadikan bahan ketawa orang lain. Amin.
Orang Istimewa kedua yang saya jumpa, beliau menaiki motorsikal bersaiz mini, melungsuri jalan dengan agak laju, setara kenderaan lain bersaiz normal. Saya kagum dengan usaha gigih Orang Istimewa berkenaan. Saiz bukanlah masalah. Di mana ada kemahuan, di situ ada motor bersaiz mini. hahaha.
Baiklah- moving on to Wanita Cantik Pertama..
Masa: Lepas Asar
Lokasi: Dalam Bas Rapid
Seorang Wanita Cantik, manis bertudung, ditemani ibunya. Sering memandang ke arah saya (atau mungkin saya yang perasan). ^.^ Tatkala waktu asar, disirami cahaya petang yang amat menarik, beliau kelihatan amat cantik. Matanya yang agak garang, hidungnya yang kecil, dan bibirnya yang merah dan mungil. Sweet.
Lokasi dan tempat yang sama. Seorang wanita muda berumur lebih kurang 20'an (i am bad at guessing ages) memakai kebaya merah jambu dari kain yang agak jarang,
[urm iklan jap- nak ushar si Bibir Merah Mungil. Ibu + Bapa + Adiknya pun ada sekali.. grrr.. geram tengok bibir dia.. bila dia senyum.. uhh.. cair... alamak! dia senyum kat aku!! n dia lambai!!! waaaaaa!!! uhh!! ]
[selepas 1/2 jam]
hehehe... hahh! puas usha si bibir merah~
urm.. katna dah? ahh.. yess.. Baju Kebaya Merah Jambu Jarang + Kain Batik Jawa, dan solekan yang elok, tidak terlalu tebal, sanggulan rambut yang sederhana.
rasa x dak mood nak cerita pasal kakak baju kebaya pink plak.. haih.. nak ushar Si Bibir Merah Mungil lah!
wah3..ushar x ajak aku....
ReplyDelete