Dulang Paku Serpih.
Salam Sejahtera, bersama Rahmat dan Kasih Tuhan buat kita semua...
We start today's session with a witty quotation by Shakespear;
"All the world's a stage, And all the men and women merely players, They have their exits and their entrances, And one man in his time plays many parts."
Selalu dengar? hehehe.. Dunia bak pentas yang maha luas. Kita adalah pelakonnya.. haish..
Let's leave it at that.
Sedang asyik berFB, saya di PM oleh Cik Jahirah, seorang rakan saya yang saya kagumi. Beliau adalah seorang yang berperwatakan ceria, dan bermotivasi tinggi. Sepanjang perkenalan kami, beliau telah dengan berjaya melalui berberapa perubahan [sekarang, istilah yang popularnya: transformasi- hehehe] yang mengagumkan! Saya amat hormati beliau yang mempunyai semangat, ketekunan dan istiqamah dalam kehidupan. Saya doakan Cik Jahirah akan terus meningkat berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Topik perbincangan kami adalah agak kompleks. "Penampilan Diri Mencerminkan Ketinggian Pemikiran dan Keperibadian Diri". Beliau telah mengutarakan berberapa perkara yang agak menarik untuk dibincangkan, hasil pengalaman beliau.
Persoalan yang timbul adalah :Pada zaman sekarang, adakah penampilan kita dapat dijadikan kayu pengukur kepada keperibadian kita? Adakah imej luaran kita sebenarnya menyingkap keperibadian kita, ketinggian ilmu kita, dan sahsiah kita?
Saya teringatkan sebuah kisah yang sering saya dengar semasa saya masih muda. Cerita mengenai seorang usahawan tua yang sudah pun kaya hasil perniagaannya. Hartawan ini menurut kisahnya, tidak gemar bergaya dan memakai pakaian berjenama yang sesuai dengan status dan kekayaannya. Maka, terjadilah kisah-kisah salah faham, yang mana melibatkan penampilan selekeh orang tua tersebut menyebabkan dia dituduh mencuri apabila dia mengeluarkan wang yang agak banyak.
Haish..
Saya sentiasa percaya, cara kita bergaya, mencerminkan keperibadian kita, cara berfikir, integriti, sahsiah dan macam-macam lagi tentang diri kita.
Namun, apa yang saya lihat zaman sekarang, telah terjadi berberapa paradoks yang amat mengelirukan.
[secara tiba-tiba, saya merasa malas untuk mengulas dengan lebih lanjut.]
Let's move on to another topic, shall we?
Saya mempunyai seorang kenalan. Saya berjumpa beliau hampir setiap hari, dan kami sering menghabiskan masa berbual-bual bersama-sama. Baru-baru ini, beliau ada mengadu kepada saya mengenai seorang lagi kenalan saya. Kenalan kedua ini merupakan seorang Ketua di sebuah jabatan dalam sebuah syarikat swasta.
Saya mendengar aduan tersebut dengan kurang menumpukan perhatian. Namun, dari penggunaan kosa kata beliau, ternyata kenalan saya ini amat marah dengan Ketua Jabatan tersebut, sehingga menghamburkan kata-kata kesat. Beliau juga ada menyebut bahawa beliau amat benci dengan Sang Ketua Jabatan ini sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja supaya Sang Ketua Jabatan itu dibuang kerja. Dengan gah beliau mengaku bahawa, beliau boleh lakukan apa sahaja.
Saya bertanya, "Apa yang telah dia lakukan?"
Sang Kenalan itu menceritakan bahawa rakannya yang kebetulan bekerja di jabatan yang diketuai kenalan saya itu telah dimarahi olehnya dengan begitu teruk sekali. Dia turut menuduh Sang Ketua Jabatan itu sebagai seorang rasis kerana memarahi rakannya. [Mereka berlainan bangsa.]
Wah- beratnya tuduhan itu.
Dua minit kemudian, dia kembali tenang. Namun, mulutnya masih terkumat-kamit menyumpah-nyumpah Sang Ketua Jabatan tersebut. "Saya seorang yang tak memandang bangsa dan warna kulit!" sergahnya."Namun, apa yang dia lakukan, sangat teruk. Mentang-mentanglah rakan saya itu berbangsa ***********, dia marah rakan saya macam anjing! !@@$%^&*(*(&^%$ betul!!!"
Saya amat tergejut mendengarkan perkataan-perkataan kesat keluar dari mulutnya.
Di hati saya, jika benar dia seorang yang tidak memandang warna kulit, kenapa begitu marah sekali?
Maka, syaitan durjana pun berbisik kepada saya, menanam rasa waham saya kepada kenalan saya ini. Timbullah kenangan-kenangan lalu semasa dia sering berceramah kepada saya mengenai pelbagai perkara. Keburukan beliau yang saya tidak pernah nampak sebelum ini mula terserlah satu persatu. Oh Tuhan.
Saya mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan Sang Ketua Jabatan berkenaan untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini. Setelah mendapat penjelasan beliau, saya yakin, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ketua Jabatan yang baik. "Amukan" yang dikatakan oleh Sang Kenalan saya tadi rupa-rupanya "teguran" dan "candangan" semata-mata. Namun, dek kerana salah perhubungan, lain pula yang difahami rakan Sang Kenalan saya..
Haish~
Kesimpulannya: kenalan saya ini bak "Dulang Paku Serpih". :(
Pengajaran: hati-hati berkata-kata di hadapan beliau.
Tips: Cakaplah yang baik-baik sahaja. >.< [skema sangat!!]
agak syiok sekarang.. gembira kerana dapat mencuci mata.. Si Bibir Merah Merekah ada di hadapan mata. Beliau terkantoi ketika saya memerhatikan beliau sedang menari-nari. hahaha.. comelnya!!
No comments:
Post a Comment