Saturday, January 29, 2011

Jaga Hati Orang VS Jaga Hati Tuhan

Salam Sejahtera Ke Atas Anda.

Hehe..

Mana yang lagi penting. Jaga hati orang ke jaga hati Tuhan?
Soalan ini adalah timbul hasil mendengar untuk kesekian kalinya, sebuah ceramah dari seorang ustaz yang saya minat. Hehehe.. garapannya mantap, diselang-selikan dengan kisah-kisah yang lawak, diceritakan kadang-kadang dalam loghat utara, dan kadang-kadang dalam loghat perak..

Benar kata-kata ustaz tersebut yang bijaksana. Sibuk-sibuk menjaga hati orang, kita terlupakan Tuhan. Maka, pada ketika itu, orang yang ditatang itulah Tuhan yang disembahnya. Kerana, Tuhan sudahpun dibelakangkan oleh orang tersebut. Na'uzubillah..

Teringat kepada rakanku yang rapat, dan amat aku kasihi. Beliau adalah seorang yang terlalu baik. Beliau mempunyai seorang, (dan kadang-kadang lebih dari seorang) teman wanita. Hubungannya dengan teman wanita ini agak rapat. Dia pernah menyatakan bahawa dia ingin benar menjadikan teman wanitanya itu sebagai isterinya. Saya amat mengasihi rakan saya ini. Gelagatnya yang bersahaja amat menghiburkan hati saya. Beliau suka berjenaka, tetapi jenakanya tidak keterlaluan. Dahulu, beliau agak panas baran, namun, mungkin setelah setiap hari ditiup angin ketika menaiki Jambatan Pulau Pinang, barannya itu semakin hilang, dan dia semakin tenang. Bak kata Enchek Shagg; chill! hahaha.

Beliau amat sensitif kepada perasaan orang lain. Apabila merokok, beliau akan memastikan asap rokok yang dihisapnya itu tidak mengenai orang lain. Beliau sering memastikan agar orang lain tidak disusahkan kerananya.

Pada suatu hari, saya telah terlihat beliau ada memakai rantai tangan besi. Lalu saya menegur beliau akan perkara ini. Katanya, "hadiah" dari orang istimewa. Tak pakai nanti orang tu marah.Haih~ mulia sungguh niatnya. Dek kerana sikapnya yang amat mementingkan perasaan orang lain, dan kerana niatnya yang senantiasa ingin menjaga perasaan orang, dia tidak kisah untuk mengenakan perhiasan wanita di tangannya. Setelah berkali-kali saya menegurnya, akhirnya gelang tangan itu tidak lagi kelihatan. Namun, ia masih menyimpan gelang tersebut. Mungkin untuk dipakai sewaktu kami tidak bersama. Hehehe..

Namun, setelah hampir sebulan menghilang, beliau muncul kembali. Kali ini dengan seutas rantai leher berwarna perak, dengan loket berbentuk huruf. Mungkin huruf tersebut adalah huruf pertama daripada nama teman wanitanya, wallahua'lam. Saya menyindir-nyindir beliau. Tatkala tangannya dihulur untuk bersalam, saya tidak menyambut tangannya, dengan alasan "tak boleh, kita bukan mahram, nanti batal air sembahyang saya".

Air mukanya tampak tenang. Walaupun mungkin beliau agak terasa dengan sindiran itu. Namun, kami sering saling sindir menyindir, mungkin juga sindiran itu tidak membawa apa-apa kesan. Namun, akibat terlalu rindu, kerana sudah sebulan tidak berjumpa, dia ku rangkul dalam pelukan yang erat, sehingga merah mukanya! Malu barangkali.

Saya semakin hairan dengan kesungguhannya memakai rantai tersebut. Saya tahu, alasannya adalah untuk menjaga hati teman wanitanya. Apalah yang ada dengan menjaga hati orang, bukankah lebih baik dia menjaga hati Tuhan yang menciptanya? Hehehe.. Mampukah orang yang dijaga hatinya itu mengurniakan rezeki yang lebih melimpah ruah berbanding rezeki yang Tuhan kurniakan kepadanya? Saya amat takut, jika beliau sering mendahulukan orang lain sebelum Tuhan Pemberi Rezeki, Tuhan mungkin menarik balik nikmat yang dikurniakan kepada beliau selama ini.

Bak kata Yg Bhg Ustaz KE semalam, sesiapa sahaja yang didahulukan sebelum Tuhan, maka jadilah dia penyembah kepada makhluk yang didahulukan tersebut. Na'uzubillah..

Perkara ini nampak remeh dan enteng kepada beliau yang amat saya kasihi. Namun, hakikatnya, saya melihat perkara ini serius, sehingga boleh menjejaskan akidah dan iman saya. Berkali-kali sudah saya menegur beliau, dek kerana kasih sayang saya kepadanya. Namun, apakan daya, saya tidak pandai menegur rakan-rakan secara berhikmah.

Maka, jika saya tidak dapat menahan daripada kemungkaran itu berlaku, selemah-lemah iman saya adalah untuk membenci perkara tersebut sepenuh hati. Mana mungkin saya membenci beliau yang baik itu. Mungkin iman saya lebih lemah dari itu, kerana gagal menyelamatkan orang yang amat dikasihi dari melakukan kemungkaran saban hari.

Maaf wahai rakanku sayang. Iman aku belum cukup kuat. Maafkan aku.

2 comments: