Salam Sejahtera Bersama Rahmat, Kasih dan Sayang Tuhan buat Semua.
Selamat bersiaran kembali bersama saya hos anda Muhammad Firdaus dalam satu lagi edisi rancangan Sejam Bersama Firdaus. Apa khabar para penonton di rumah.... bla..bla..bla..
Hehe.. kadang-kadang saya berangan juga untuk menjadi hos rancangan TV. Sekadar angan-angan, ketika di waktu berseorangan, dan kadang-kadang dikalangan rakan-rakan. Tanpa segan silu saya bingkas menyerap semangat Hos Rancangan TV, lalu terus memainkan watak di hadapan kawan-kawan.Agak menyoronokkan menjadi seorang moderator. kita berpeluang menyingkap kisah-kisah mengagumkan mengenai orang yang kita temuramah, mengupas isu-isu, mencari penyelesaian, menghimpun buah fikiran dan melahirkan kesimpulan, untuk dikongsi dan di renungkan bersama-sama.
Saya bukan seorang yang bijak, yang mampu melahirkan pandangan sendiri mengenai sesuatu perkara, terutamanya perkara yang memerlukan penelitian dan kajian mendalam. Maka, saya rasa, tugas terbaik untuk saya adalah menjadi seorang yang suka bertanya dan meminta pendapat orang.
Hari ini semasa menunggu bas untuk ke tempat kerja, saya ditemani oleh sepasang suami isteri separuh usia. Mereka baru keluar dari hospital. Tangan si suami di balut sedikit dengan kain kasa. Mungkin baru lepas pembedahan kecil- getus hati ku yang agak gembira hari ini. Hehehe.
Setibanya bas yang dinantikan mereka, si isteri yang kurang jelas penglihatan itu berdiri memerhatikan bas yang datang. Ditanya kepada suaminya, "berapa nombor bas tu, bang?"
"Tak tau lah, tak berapa nampak, jauh sangat.." jawab si suami
"Boleh naik kah bas ni?" ujar isterinya lagi.
"Tu bas 302 makcik," aku mencelah "makcik nak pi mana?"
"Ha, kita boleh naik bas 302." kata makcik tersebut.
Setelah itu, beliau menunggu bas tersebut datang. Bas tersebut meluncur seperti biasa, namun tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti, kerana makcik ini belum menahan bas tersebut. Apabila bas tersebut sudah dalam kira-kira 20 meter dari perhentian, barulah makcik tersebut mengangkatkan tangannya menahan bas itu.
Dek kerana sudah terlalu dekat, dan bas itu bergerak terlalu laju untuk berhenti dalam jarak yang begitu pendek, sang kapten bas meneruskan perjalanannya tanpa berhenti untuk mengambil pasangan suami isteri itu.
Sang Suami bingkas bangun dan menyumpah seranah Kapten Bas yang tidak mahu memberhentikan bas tersebut. Sumpahannya itu makin menjadi-jadi dan semakin melampau. Habis seluruh tujuh keturunan Kapten bas tersebut dibabitkan sekali.
Hati saya tersentuh dengan keadaan begini. Namun, mungkin beliau masih dalam kesakitan, yang menyebabkan beliau agak marah dengan bas tersebut. Hati saya tergerak untuk mempertahankan Kapten Bas itu. Bukan untuk cari gaduh, namun untuk mententeramkan perasaan pakcik tersebut yang agak marah.
"Makcik tahan bas tadi tu mungkin lambat sangat kut. dia tak sempat tekan brek tu." ujar saya penuh sopan.
"Mana ada!" aku dibentak."dia jauh lagi, baru lepas traffic light!"
"Takdelah.. dah dekat sangat tadi tu." saya teguh mempertahankan Kapten Bas itu," tak sempat dia nak berhenti."
"Sudahlah tu bang," tiba-tiba isteri pakcik itu mencelah juga.
"Mana boleh macam ni! kita tahan bas, dia kena berhenti!" makcik itu turut dibentaknya.
Entah kenapa, hati saya tersentak. Tiba-tiba ada api kemarahan menyala dalam hati ini. Bingkas saya bangun.
"Sudah lah pakcik. Saya betengkar dengan orang tak munahsabah macam pakcik, menambah dosa saya ja!" geramnya saya. "Makcik, saya mintak diri, saya nak tunggu bas kat depan giant."
Saya berjalan dengan agak pantas untuk menunggu bas di tempat lain. Memang sungguh tak munahsabah pakcik itu. Dengan aku sekali kena marah. Kalau bas tu cuba berhenti juga, nescaya boleh berlaku kemalangan. huh!
Hatiku agak riang hari ini. Insiden pakcik penyumpah ini tidak menjejaskan mood saya yang girang. Saya bersolat fardhu Jumaat diteman tiga jejaka kacak hari ini. Terima Kasih En. Faris Ismail kerana sudi menumpangkan saya ke Masjid Umar Al-Khattab Bayan Baru bagi menunaikan kewajipan ini. Allah sahajalah yang dapat membalas budi anda. Mood saya tetap tidak terjejas walaupun lutut saya sakit berdenyut-denyut hari ini. Saya tempang sehingga ke malam! Terima Kasih kepada En. Azlan Kasim yang sudi menemani dan membantu saya yang tempang untuk menaiki bas.
Nantikan kupasan seterusnya hasil pemikiran kurang matang saya yang bertajuk:
"Keterampilan Baik VS Berlakon Bagus, Berperangai Buruk Kerana Tak Mahu Hipokrit?"
Salam Kasih.
No comments:
Post a Comment