Drpd Umar bin Al-Khattab r.a., aku telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nak tadabbur hadith ni dalam kehidupan adalah agak sukar bagi yang baru belajar mengenainya. Saya kagum dengan ramai orang yang dapat menjiwai maksud hadith ini dengan mendalam. Kita diajar bahawa setiap perbuatan itu adalah disabitkan dengan niat dan kita telah sering mendengar perbincangan ulama' mengenai perkara-perkara cabang mengenai niat dan perbuatan.
Selain itu, kita juga diajar bahawa setiap perbuatan hendaklah diniatkan kerana Allah Ta'ala. Fuh~ nampak mudah untuk diperaktikkan. Perbuatan seperti amal ibadat- solat-puasa-zakat-haji- memanglah semua ini wajib dilakukan kerana Tuhan yang Maha Esa. Namun, saya memerhatikan, orang yang alim dan abid melakukan segala-galanya di atas muka bumi ini hanya kerana Allah.
Kagum saya memerhatikannya.
Jika diperhalusi, sememangnya kita perlu melakukan segala-galanya untuk Tuhan. Kerja, belajar, kahwin, beli kereta, SEGALA-GALANYA! Juka bukan kerana dia, kerana apa lagi? Dan oleh kerana cinta kita Kepada Dia, kita perlu mensabitkan niat dalam hati ini untuk melakukan segala-galanya kerana Dia.
Sebab itulah kita diajar untuk memulakan segala perbuatan dengan ucapan Basmalah. Dengan ucapan itulah kita dapat meniatkan diri untuk melakukan sesuatu perbuatan
Huh~ ucapan Basmalah.. Ini satu ucapan yang dipandang ringan dalam dunia moden sekarang. Baca bismillah sebelum makan. Teringat satu kisah yang lucu. Semasa kami sedang belajar dahulu, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk menangkap berberapa jenis serangga untuk matapelajaran biologi. Maka kami pun pergi ke berberapa taman utnuk menangkap serangga berupa rama-rama dan kupu-kupu. Seorang rakan saya, apabila terlihat kelibat rama-rama terbang, dengan pantas mengejar untuk menangkapnya.
Setelah berberapa percubaan yang gagal, beliau terduduk kecewa. Setelah berberapa ketika, beliau bangun lagi. Beliau terlihat seekor lagi rama-rama lalu bingkas mengejarnya. Apabila menghampiri rama-rama tersebut, mulut beliau terkumat-kamit menyebut Bismillah.. bismillah..bismillah..
fuhh~~ mungkin beliau belum faham mengenai semangat sebenar Basmalah itu.
Banyak merepek ni..
Long story made short: Kepentingan berniat sebelum melakukan setiap perkara. Setiap perkara baik jika dilakukan dengan niat yang betul akan mendatangkan pahala dan kebajikan. Cara niat terbaik, selain mensabitkan dalam hati adalah dengan membaca Basmalah dengan penuh penghayatan.
Wow- hari ni saya jadi ustaz. Tak bertauliah dan boleh mendatangkan kesesatan. hahahahaha...
Pasni, nak buka facebook pun nak baca bismillah jugak.
Saya yakin dan percaya, jika niat kita itu betul, Tuhan akan pelihara kita daripada melakukan perkara yang mungkar. Perbuatan kita itu pula akan diberkati, dan hasil yang diperoleh daripadanya pula adalah berkat. Kita akan terhindar dari melakukan dosa dan kita akan dielakkan daripada mendapat keburukan.
Sebagai contoh. Melayari facebook. Jika niat kita adalah benar untuk melayari Facebook kerana Allah, maka;
1) kita akan terhindar dari melakukan perkara-perkara buruk dalam Facebook seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
2) Saya juga percaya, jika niat kita betul dalam melayari Facebook, Tuhan akan menjaga pandangan kita daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa di Facebook, seperti gambar-gambar orang berpakaian tidak menutup aurat dan sebagainya. [tapi, kalau nampak jugak tu mungkin boleh jadi ujian ke atas keimanan kita-lahh]
3) Mungkin juga kita boleh dihindarkan daripada kelalaian dan kealpaan dalam berFacebook sehingga terlupa amal ibadat lain.
Wallahua'lam...
Banyaknya perbincangan mengenai niat dalam beramal, seperti niat yang baik tidak menghalalkan amal yang salah dan sebagainya. Namun, saya bukan orang terpelajar untuk membincangkan soal itu semua. Suka untuk diingatkan bahawa ini adalah luahan rasa hati hasil pemerhatian, dan bukannya satu tulisan ilmiah yang boleh dibuat sumber rujukan. saya bukan orang terpelajar.
Walau apa pun, hanya Tuhan yang tahu apa niat sebenar sesorang itu apabila melakukan sesuatu. Dialah yang berhak menilai dan memberi hukuman, kita manusia adalah makhluk lemah dan banyak kekurangan. tidak layak bagi kita untuk menilai niat dan keikhlasan seseorang dan memberi hukuman bagi niat dan perbuatannya.
teringat satu pantun melayu yang pernah dijadikan lirik lagu;
Kalau padi kata padi,
tidak aku tertampi-tampi;
kalau benci kata benci,
tidak aku ternanti-nanti.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja sarapan pagi kita pada pagi ini, La Bohemme Bakery, dan saya bagi pihak kru penerbitan memohon maaf jika ada tersalah bahasa, sehingga kita berjumpa lagi waktu yang sama minggu hadapan, salam sayang saya untuk semua, selamat pagi dan salam sejahtera, babaiii~~~ [perasan jadi hos TV plak]
No comments:
Post a Comment