Helmet. Topi Keledar Keselamatan.
Kerja saya berrmula awal pada pagi tersebut. Pada hari Rabu lalu, saya telah memulakan tugas lebih awal dari biasa, iaitu pada pukul 8.30. awal ke? hahaha. Setelah habis melakukan kerja-kerja yang diminta, saya bergerak menuju ke tempat kerja. Saya tunggu bas seperti biasa di tempat yang sama hampir setiap hari.
Jam menunjukkan bahawa saya telah lewat. Memanglah, saya habis melakukan kerja pada pukul 10 pagi.
Di hadapan tempat menunggu bas itu, ada sebuah sekolah.
Situasi:
1) sebuah van diletakkan di tepi jalan bertentangan dengan tempat menunggu bas.
2) seorang pemandu motosikal ingin keluar dari simpang. beliau menjulur keluar lebih jauh dari biasa dek kerana pandangan beliau terhalang oleh van tersebut.
3) sebuah motorsikal 'kapcai' dipandu seorang lelaki pertengahan umur meluncur pada kelajuan sederhana 40-50km/j.
Kejadian:
Pakcik yang memandu kapcai dengan agak perlahan itu melanggar pemuda yang sedang keluar dari simpang. Motorsikal itu dipandu perlahan, maka, perlanggaran yang terjadi tidak begitu teruk. Motorsikal yang dipandu pemuda itu masih dalam keadaan baik, dan masih boleh dipandu. Kapcai yang dipandu pakcik itu juga tidak mengalami apa-apa kerosakan teruk. Namun, pakcik tua itu tidak mengetatkan ikatan tali topi keledar keselamatannya.
Topi keledarnya melayang. Motorsikal pakcik tersebut turut melayang ke tepi sedikit, pakcik tersebut jatuh, kepalanya yang tidak dilindungi apa-apa jatuh menghempap jalan.
Pakcik tersebut terus pengsan.
Kepalanya mula berdarah. Orang ramai mula membantu beliau. Motorsikalnya saya letakkan di hadapan beliau bagi menghadang jalan.
Ambulans dipanggil.
Bantuan kecemasan awal dari pasukan kecemasan hospital swasta berdekatan tiba. Pakcik mulai sedar lalu memegang kepalanya yang berdarah.
Kira-kira 1/2 liter darah telah mengalir ke atas jalan.
Ambulans tiba.
Pengajaran:
Adik-adik sekelian. Sila ikatkan dengan ketat dan baik topi keledar keselamatan anda. Sila ingat untuk menukar topi tersebut setelah berberapa tahun.
Fuh!
No comments:
Post a Comment