Friday, August 30, 2013

Apakah merdeka bagi saya? 

1. Bebas dari dikawal oleh hawa nafsu, samada hawa nafsu diri sendiri, ataupun (lebih-lebih lagi) hawa nafsu orang lain. 
Kebanyakan penjajahan di dunia ini dari dulu sampailah sekarang adalah berpandukan nafsu. Kalau dulu, nafsu menjadi penyebab. 

Kita belajar dalam Sejarah bahawa antara sebab negara Eropah memulakan penjelajahan untuk penjajahan adalah disimpulkan kepada 3G.

-----> God a.k.a Ketuhanan
-----> Glory a.k.a Kemegahan
-----> Gold a.k.a Kekayaan

Nampak tak? 2 daripada 3 sebab di atas adalah berpandukan hawa nafsu. Nafsu yang mahu kepada kekayaan. Dan pada masa sekarang ni pulak, nafsu ni lah dijadikan alat untuk memanipulasi manusia untuk mendapatkan lebih banyak harta kekayaan. Ramai wanita yang menjatuhkan maruah diri dengan mendedahkan aurat untuk tatapan para lelaki, dan beraksi dengan aksi-aksi yang menghairahkan untuk menarik minat para lelaki. And they call that liberation? How stupid is that? To be subjected as men's play toy is liberation? Funny. 

Ring any bells folks?


2. Bebas menjadi hamba hanya kepada Al-Khaliq, dan bukannya hamba kepada makhluk.

Yang layak untuk kita perhambakan diri kita ni hanyalah Tuhan maha Pencipta sahajalah. Orang atau makhluk tidak layak dijadikan tempat memperhambakan diri sebab makhluk ni dicipta tidak sempurna dan banyak cacat celanya. 
Dan lagi satu, I don't just take anyone or anything to become my God. God has to be above and beyond creations. God begets not and nor was He begotten. :)

3. Bebas daripada keinginan kepada harta kekayaan, maruah, kemegahan dan kenamaan, cinta kepada dunia, takut kepada kematian. 

Yeah, saya memang teringin kepada Samsung Galaxy S4 Zoom. Tapi takdalah sampai tergadai akidah nakkan benda tu. Takdalah sampai sanggup tinggalkan semayang semata-mata nakkan benda tu. 
Bila fikir-fikirkan balik, saya nak benda tu untuk apa? Nak bermegah? Nak meningkatkan status sosial saya? Nak dilihat sebagai seorang yang tech-savvy? 
Bila fikir-fikirkan balik, saya taklah nak sangat S4Zoom tu. Sekadar lawak di facebook. Dapat yang TSM T3i tu pun dah besar rahmat bagi saya. 

4. Bebas daripada sifat-sifat mazmumah seperti jahat, malas, bakhil, hasad, dengki, buruk sangka, takabbur, ujub dan riya'. 

Sejujurnya, saya rasa saya memang ada sifat-sifat mazmumah ni, dan saya berusaha untuk pendam dalam-dalam, elakkan situasi di mana sifat-sifat ni boleh terbit. Selalunya akan terbit hal-hal ini kalau saya terlibat dengan mana-mana persatuan atau kelab atau pertubuhan. Jadi, saya elakkanlah daripada terlibat dengan politik secara langsung. 

Janganlah ajak saya berpersatuan, tambah-tambah lagi kalau nak bagi jawatan kat saya. 

No comments:

Post a Comment