Thursday, August 1, 2013

Achik

''And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah.s favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided.''
A-li'Imraan 3:10

Saya ada seorang sahabat super-duper-baik. Saya panggil dia Achik. Sebab apa saya panggil dia Achik? Entahlah. Sepupu dia adalah best-friend saya, dia yang panggil sepupu dia tu Achik, jadi saya ni terikut-ikut saja. 

Ironically, after a few years, we got very close. Achik and I run a Malay wedding photography and videography business together. It was because of his effort, we were able to procure many much needed equipments that made us and our business more and more successful. His efforts were a catalyst to our creativity.

Saya kenal sepupu Achik dahulu sebab kami bersekolah bersama. Kemudiannya saya kenal abang Achik; Angah kat tempat kerja. Pada satu hari yang tak berapa nak indah, saya post sekeping gambar sunset di Facebook. Gambar tu ditangkap menggunakan kamera kecil BenQ, pada hari raya ke-2 berberapa tahun lepas. Oleh kerana gambar tu, Achik hantar satu pesanan ringkas salam perkenalan antara kami. 

I didn't bother much with him. Our paths did not cross at that time. He was just an acquaintance at the time. We got a little bit closer on facebook as we commented on each others' photos and stuff. Yeah, it turned out that he likes photography too. He has his own label and brand as well. 

Pada masa beliau nak bernikah, dia tak ada photographer untuk cover majlis walimahnya. Melalui sepupu beliau, dia mintak saya tolong dia. Sejujurnya, saya tak mahu langsung pada masa tu. Saya langsung tak ada keyakinan untuk buat job tersebut. Saya rasa tak layak kerana 1. saya pakai kamera yang memang tak sesuai untuk buat wedding iaitu jenama Olympus. 2. saya memang tak ada skill untuk jadi photographer perkahwinan. Memandangkan dia pun seorang jurugambar, lagilah saya takut. Rasa macam saya kena rawat seorang doktor yang sakit. Macam tu lah perumpamaannya. 

I got into it after I was persuaded by my bestie. I thought he was going to help me, but darn it, he was absent. The day came and I did it anyways. 

Saya dipinjamkan kamera Canon EOS 7D untuk digunakan pada hari tersebut. Cuaknya tak terkiralah. Sudahlah saya buat kerja sorang-sorang, kawan baik pun hilang entah ke mana. Guna kamera orang yang mahal pulak tu. Nak kena jaga baik-baik, kalau rosak tak tertanggung saya. Para hadirin majlis pulak merupakan dari keluarga orang kaya-kaya, orang berada, orang bandar yang moden, cool dan trendy. 

Saya memang rasa macam tak kena pada tempat. Like fish out of water orang putih cakap. Saya ni orang kampung. Mengaji sekolah arab, mana reti nak socialize dengan orang-orang bandar yang dandy macam diorang tu. Pakaian saya pun selekeh, memang rasa malu sangat-sangat duduk di kalangan diorang. But, I held my own.  Orang tua-tua cakap, kalau kita rendah diri, ke mana pun orang suka. My resolve was (like it has always been whenever I am in a situation): this will end no matter what, just get it done, and go home. 

Saya pun berjanjilah kepada diri saya, taknak dah buat wedding orang kaya-kaya ni. Segan. Saya selesa duduk bersembang dengan orang kampung. Saya dilahirkan di kampung. Membesar di kampung. Senang dengan cara kampung.  Even sampai sekarang pun. 

Kemudiannya kami bertiga dapat idea untuk bergabung bersama untuk buat perniagaan sampingan menjadi jurugambar perkahwinan. Pada ketikanya saya pun dah tak berapa nak mahu sangat buat wedding ni (padahal masa tu ligat ja buat job sana sini- nampak sangat menipu). Tiga orang yang berbeza, kamera pun lain-lain jenama masa tu. Canon, Nikon dengan Olympus. Hahaha. Canon dengan Nikon tu boleh tahan lagi. Yang Olympus tu yang tak boleh nak tahan sangat. Dalam Pulau Pinang ni, rasanya ada 2 orang saja yang guna Olympus untuk buat wedding. Saya dengan Cik Azira Ahmad. Kedua-duanya dah pun lompat parti. 

Kami semua tukar kepada Canon. 

Berbalik kepada Achik, lepas walimah sebelah keluarga dia, persaudaraan kami menjadi semakin akrab. Dengan adanya perniagaan kami bersama ni pulak, semakin akrablah kami berdua. Sehari kurang-kurangnya mesti call sekali. Kena dengar suara masing-masing barulah lengkap hari kami. Kemudiannya bestie saya tu pulak pindah ke Negeri Sembilan untuk kerja, maka tinggallah kami berdua.

Honestly, bagi pihak saya sendiri, saya letak achik tu jauh-jauh sikit, tak dekat sangat dalam hati saya ni. Sebab saya takut, kalau rapat sangat, nnt bila sampai satu masa, persahabatan ni berakhir, saya jugak yang merana hati. Saya tak berani berkawan rapat dengan siapa-siapa pun. Susah saya nak buka hati saya kat sesiapa. Memang komplikasi saya. Walaupun saya ni ramah mesra dengan orang, jujurlah saya katakan, semuanya sekadar di permukaan saja. Saya takut dengan komitmen. Saya segan nak berkawan dengan orang. Saya rasa diri saya ni tak ada pengaruh positif kepada orang. Saya rasa orang tak berminat nak berkawan dengan saya. Cukuplah sekadar jadi kenalan sahaja. Kenalan untuk sembang kosong, berbual-bual yang tak bermakna. Rakan tempat kerja. 

Kalau adapun orang yang berjaya buka hati saya macam bestie saya tu, saya pilih atas sebab dakwah dan tarbiyyah. Bila ada seseorang yang saya rasa mampu menjadi pengaruh positif kepada saya, dia pulak mampu membuat saya berubah kepada yang lebih baik, orang begitulah yang saya jadikan sahabat baik dunia dan akhirat. 

Itu pun tak ramai. boleh dibilang dengan jari sebelah tangan sahaja. 

Dengan Achik pulak, walaupun rapat, saya adakan batas-batas antara kami berdua. Bukanlah tak percayakan dia. Tapi, orang baik macam dia tak patut saya susahkan dengan masalah-masalah, dan tak patut saya bebankan dengan apa-apa sekalipun. 

Baru-baru ni, saya hampir-hampir hilang nyawa saya. Dalam proses rawatan, doktor cakap saya dapat depression. Katanya biasa bagi orang yang mendapat trauma untuk jadi tertekan dan menjadi murung. Orang yang kemurungan ni macam-macam dalam fikirannya. Dalam masa ni lah Achik tak putus-putus cuba menghubungi saya. Bagi semangat, motivasi dan sebagainya. Sorang lagi adalah Hanafi.

Takyahlah cerita sampai detail. Malu lah.

Selepas kejadian tu lah saya sedar, rupa-rupanya dia betul-betul sayangkan saya. Walaupun ada wahan dalam hati saya hari tu. Tapi wahan yang depression-induced memang takleh pakai kan? Masa tu saya rasa saya ni banyak dipergunakan. Orang berkawan dengan saya untuk pergunakan saya sahaja. Habis diguna, buanglah macam penyapu. Pada satu ketika memang saya rasa dipergunakan oleh Achik. Setiap kali dia call pun nak tanya pasal album, kerja, client.  Kalau tak kerana benda tu, memang jangan haraplah. Saya rasa dia cuma baik dengan saya supaya saya boleh siapkan kerja saja. 

Alhamdulillah, semuanya tak benar. Wallahua'lam.

InsyaAllah, saya berazam nak buka hati saya kepada orang. Bermula dengan Achik. Bila dikenang-kenangkan, dia banyak buka isi hati dia kat saya. Jadi, adillah kalau saya buat perkara yang sama dengan dia. 

p/s: baru-baru ni Achik cakap dia pitam di tempat keja. terus saya rasa sakit hati. Achik kerja teruk sangat sampai kurus dah dia sekarang. dulu tembam skit. hensemlah. tapi sekarang dah kering sangat. banyak benda nak buat. jaga anak isteri, kerja, meniaga. Jagalah kesihatan achik. kalau achik sakit, sapa nak jaga anak bini achik?

Risaulah jugak sampai terbawak dalam mimpi. Tapi nak risau lebih2 takut tak kena pada tempatnya. Orang dah ada isteri. Biarlah isteri dia yang risaukan. ye tak? Tapi, achik just jaga diri ok? Kalau agak2 tak lalu makan, mai sini meh orang tolong suapkan. Hahahaha

No comments:

Post a Comment