Salam sejahtera. Semoga Tuhan mengurniakan kesejahteraan ke atas kita semua.
Zaman kekontangan idea masih belum berlalu. Saya tidak sempat mengarang sesuatu yang berkualiti untuk dikongsikan bersama. Saya masih ingin berpegang kepada prinsip ingin menulis perkara-perkara berkualiti, supaya apabila ditatap dan dibaca oleh rakan-rakan semua, tulisan saya akan dapat memberi faedah kepada para pembaca.
Namun ternyata, kepala saya ini tidak terisi dengan pengetahuan yang berkualiti, supaya dapat saya kongsikan bersama. Pendek kata, saya ni kurang cerdiklah. huhu..
Maka saya perlu memberi penakrifan kepada perkataan 'kualiti', bagi memudahkan saya untuk mengetahui, apakah jenis-jenis penulisan yang boleh saya kemukakan di blog ini.
Dari sudut penulisan, sesebuah naskah berkualiti [pada pendapat saya] adalah naskah yang apabila dibaca, ia mampu menerbitkan hasil yang diingini oleh penulis naskah tersebut. Kualiti ini diukur dalam berbagai cara. Ramai yang menyangka, sesebuah naskah yang digemari adalah naskah yang berkualiti. Ada juga yang berpendapat bahawa naskah yang berkualiti adalah naskah yang menghiburkan, walaupun tidak digemari. Ada yang menegaskan bahawa naskah yang paling berfaedah adalah naskah yang paling berkualiti.
Jika diteliti, untuk menghasilkan naskah yang mempunyai ketiga-tiga ciri ini amat sukar. Maka, sebagai seorang yang bukan ahli dalam bidang penulisan, sudah tentu saya tidak mampu menghasilkan sesuatu yang baik! Alahai. Alangkah susahnya~
Maka, saya berpendapat adalah lebih baik saya mencuba sedaya-upaya untuk menulis sesuatu, walaupun ia tidak berkualiti. Asalkan saya menjaga adab, tatasusila dan sensitiviti masyarakat pembaca. Namun, yang paling penting dan mudah, saya perlu menulis dengan niat yang betul, serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa, samada yang membaca atau tidak, yang hidup atau mati.
It's complicated, isn't it?
Until next time, saya nak menulis mengenai Video Blog, a.k.a Vlog. Macam menarik...
No comments:
Post a Comment