Saturday, August 25, 2012

Makcik-makcik Ejen Iblis, ibarat duta produk kecantikan.

Assalamualaikum. 

Hai rakyat-rakyat sekelian, saya sangat lapar dan saya belum makan lemang dan ketupat lagi sehingga sekarang. 
Ehh, lupa pulak, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ummat muslimin yang telah memenangi perang jihad melawan nafsu selama sebulan lamanya. You guys RAWWKKKK..

Musim cuti sekolah dan selepas hari raya ni, ramai saudara kita yang mendirikan masjid, bernikah dan berkahwin. Mengambil kesempatan di atas cuti yang diberikan, maka masa-masa ni memang strategik untuk melangsungkan apa-apa majlis, selain boleh juga menumpang keberkatan bulan Syawal ni jugak. Pagi tadi, saya ada berbincang dengan member saya yang amat hensem [baca: perasan bagus]. Beliau cakap, beliau nak kahwin dengan awek beliau, dan sudah mula membuat persediaan. 

[gulung mata ke atas sambil gelak mengejek]

Alhamdulillah. teringat saya satu ayat dari Al-Quran berbunyi;

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisaa' 4:3)

Ayat ini sangatlah hensem. Terkandung dalam ayat ini adalah suruhan untuk kita bernikah sebagai memenuhi keperluan fitrah manusia. Sedangkan Nabi S.A.W. pun berkahwin, inikan pula aku yang agak gatal nih. Ughh.. terasa gatal nak nikah. 

Katanya lagi, kalau dia nak bernikah dan kahwin nanti, dia nak buat majlis yang agak grand, yang melibatkan belanja puluhan RIBU RINGGIT!! [mak aihhh.. nak kawen ja kut??? buat apa sampai macam tu??]

''Mampu ka hang? hang tak rasa membaziaq ka?'' kerut dahi.
''Dah terpaksa macam tu. Nak buat macam mana?'' 

Err.. rasa macam nak penampaq ja!!!

''Bukan aku nak buat sampai buang duit macam tu, tapi bapak aku dah bagitau, ''kalau takdak XX puluh ribu ringgit, jangan hang gatai nak menikah dengan anak dara orang!'', so aku nak buat macam mana?''

Err.. aku tak gamak nak tampaq bapak hang~~ errrrr....

''Kalau aku tak buat macam tu, aku takut nanti adik beradik mak bapak aku mengata. Kesian kat makbapak aku kena tahan telinga nak dengaq nanti. Bukannya aku ni nak sangat kawin grand-grand. Kalau boleh, aku nak buat simple-simple, yang mana wajib dan sekadar mampu sudah. tapi, kalau aku buat macam tu, Mak Bapak aku yang derita  nanti~''

Ohh.. masalah adat budaya macam ni rupanya. 
Kesian sangat dengan orang-orang yang dilanda penyakit tabarruj macam ni. Yang bawa penyakit ni lah paling keji, dan yang jadi mangsa adalah orang-orang sekeliling yang takut dikutuk. Padahal, si pembawa mulut ni lah yang terkutuk. 

Menyusahkan orang.  Mangkuk tandas betul. Kang kalau aku cakap mulut longkang kumbahan nnt marah.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” 
 
(Muttafaqun Alaih)
 
Sahabat Nabi menikah buat kenduri seekor kambing je. Kau tu sahabat sapa nak buat grand-grand?
 
Bukannya tak boleh nak buat grand-grand, tapi, ikut kemampuan lah cik abang oii.. kalau dah sampai kena bergolok-bergadai, tak payah lah... kalau ada bulu ketiak emas [macam aku] boleh digadai OK jugak la, tapi kalau ada sekadar rantai besi ikat motor Lagenda 115 tu saja?  Nak berhutang? NO! NO! NO!! dontcha dare~~

"Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas." 
 
(al-Maidah: 87)
 
Boleh aku label makcik-makcik durjana itu sebagai ejen-ejen iblis? hahaha.. mungkin agak melampau di situ. 
 
Masalah begini sememangnya wujud dan sangat kronik di kalangan masyarakat muslim Malaysia. Dek kerana nak bermegah-megah, menurut kehendak nafsu, hendak lebih dari orang lain, maka terjerumuslah makcik-makcik sekelian ke lembah dosa. 
 
Makcik-makcik ini telah digoda oleh encik Setan, dengan ayat-ayat seperti:
 
''alaah, bukan selalu, kahwin ni sekali seumur hidup saja..''  
''anak kak timah tu hari tu menikah buat di hotel, anak aku menikah mesti lagi grand daripada tu!''
''anak perempuan makcik yang ni sorang ja... salah ka makcik nak buat bagi meriah???''

Kalau dah membazir makcik, maka tergolonglah makcik dari kalangan saudara syaitannnnn.. Nauzubillah...
 
Sebenarnya, terpulanglah kepada anda untuk menentukan yang mana terbaik buat anda. Sekiranya mengadakan walimah yang besar-besaran, tidak salah. Namun harus saya ulangi di sini, biarlah sekadar mampu, kerana kenduri yang sederhana tapi meriah adalah yang terbaik, bukan di sisi manusia, tetapi di sisi Allah S.W.T. 

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah. Orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.”
HR Muslim. 
 
Oleh itu laksanakanlah walimah sekadar yang mampu, tanpa perlu merasa malu disebut atau dikata orang. Yang penting adalah niat yang ikhlas, juga suatu kesyukuran dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

Sikit je lagi, sabar ye~~~

Kepada makcik-makcik yang suka mengata sangat tu, dan suka membanding-bandingkan harta dan kekayaan orang, dan memperkecilkan orang yang lain, mohon diingatkan supaya janganlah menzalimi orang lain.Orang-orang yang zalim nih tak cool! tak hensem! dan langsung tak hot!!
 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. 

(Al-Hujuraat 49:11)
 
''Ehh mamat nih!! duit anak aku!! ada ka kacau duit kau????'' ujar Makcik perasan hawwttt
 
Ehem makcik~~~ sekarang ni, perangai makcik tu menyusahkan orang lain!! Memanglah duit anak makcik, tapi, kalau makcik tak sibuk-sibuk pi dok ngumpat hatta adik beradik sendiri pasal benda-benda macam ni, saya takkan sibuk nak attack makcik camnih. camna pulak nnt kalau saya sendiri nak kawen??? bila saya nak buat walimah yang menepati syara', ada pulak orang-orang macam makcik ni dok sibuk-sibuk bising-bising pasal kenduri saya tak gerand lah, takda artis menyanyi karoke lah... karang kalau saya tak jemput, makcik buat bebai pulak, cakaplah saya ni tak ingat sedare mare lah, tak hormat orang tua lah, padahal, perangai makcik yang mengguris hati mak bapak saya tu cemana makcik nak menjawab???
 
perghhh... geram sungguh... padahal aku tak kawen lagi pun.. hahaha
 

Akhir kata, kepada bakal ibu-ibu dan bapa-bapa mertua sekelian, apabila berwalimah, turutilah kehendak syara', buatlah ikut kemampuan. Jika orang lain mengata dan mengumpat, bersabarlah. Anda lebih comel dan hensem apabila bersabar. InsyaAllah anda akan dikurniakan pahala dan kebajikan di atas kesabaran anda. 

Sila tegur jika buah fikiran saya ini menyalahi syara'. 

Selamat Menyambut Aidilfitri.
 

 



 

2 comments: