Wednesday, July 13, 2011

Mentaliti Macam Binatang!

Salam Sejahtera! ^^

I have a nasty feeling that when I write in English, my articles never tak dapat sambutan.. hahaha.. jadi, hari ini saya kembali menulis dalam bahasa Melayu, walaupun saudara saya Adz Pa'odz (hahaha) mendakwa bahawa apabila saya menulis dalam bahasa Melayu, saya seperti seorang rakyat Indonesia. Barangkali ya donk..

Minggu pertama bulan Julai penuh dengan jerebu. Pening.

Saya baru balik dari kerja menaiki pengangkutan yang saban hari berjasa membawa saya pulang ke rumah dengan selamat untuk bayaran paling rendah. Rapid Penang. Lebih mudah naik bas berbanding memandu sendiri. Saya tak perlu risau mengenai kemalangan, tak perlu hirau kenderaan lain. Tak perlu ambil kisah mengenai papan tanda jalan, undang-undang dan peraturan. Saya boleh berehat sambil dibuai lagu-lagu sementara hendak sampai ke rumah. hehehe

Sedang dalam perjalanan pulang tempoh hari, bas yang saya naiki berhenti seketika ti sebuah bulatan untuk menuju ke Bukit Jambul. Di sebelah bas tersebut, telah berhenti sebuah Toyota Vios baru bernombor plat PKD 8**8, berwarna putih, sangat ''sporty''. comel pada pendapat saya, dengan cerminnya yang agak gelap, dan sport rimnya yang berkilat.

Cermin kereta tersebut diturunkan. kelihatan seorang gadis di sebelah penumpangnya, dan seorang jejaka di sebelah pemandunya. Gadis genit itu comel. rambutnya diwarnakan agak keperangan. beliau sedang makan sesuatu dari dalam sebuah bungkusan kertas. makanan segera barangkali. Beliau toleh ke arah jejaka disebelahnya, seperti bertanyakan sesuatu. jejaka itu kemudiannya meggelengkan kepala. Lalu gadis genit itu menghulurkan bungkusan itu keluar kereta dan membuang bungkusan tersebut ke tengah jalan dengan ekspresi wajah yang kiut sangat.

Beliau kemudiannya memandang wajah jejaka di sebelahnya lalu tersenyum bangga. Jejaka tersebut pula lalu membalas senyuman gadis itu, seolah-olah mempersetujui perbuatan itu dan bangga dengan gadis tersebut, seperti dalam iklan TV. Bungkusan kertas itu pula, melayang-layang di tengah jalan.

Hati saya berkata: Bodoh punya perempuan!!
Akal saya berkata: Mentaliti macam binatang!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada berberapa orang mengenai perkara ini.

1) Tahniah kepada gadis bodoh itu, kerana berjaya mengekalkan kebersihan kereta jejaka tersebut.
2) Tahniah kepada jejaka tersebut kerana keretanya masih bersih.
3) Tahniah kepada ibubapa mereka kerana berjaya membesarkan dan mendidik anak-anak yang bermentaliti macam haiwan ternakan.
4) Tahniah kepada Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan. Anda mempunyai kerja lebih.
5) Tahniah kepada seluruh rakyat. Kita masih menyokong kewujudan orang-orang bermentaliti seperti ini.

Inilah contoh rakyat yang hidup di negeri kelas pertama, tetapi masih bermentaliti kelas haiwan ternakan. Amat rugi sekali wajah yang cantik rupawan itu dikurniakan kepada haiwan ternakan yang sedemikian rupa dan teruk sekali perilakunya.

Baru-baru ini saya bermimpi yang saya makan rambut bergumpal-gumpal dicecah sambal belacan. Sampai ke tengah hari saya seolah-olah masih terasa rambut itu di hujung tekak saya. Huh!

No comments:

Post a Comment